Padan Mukanya....Pengerusi BERSIH 2.0 Ditahan

KUALA LUMPUR 28 April - Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan aktivis Mandeep Singh ditahan polis pagi ini selepas memberi keterangan di Balai Polis Dang Wangi, di sini hari ini.

Kedua-dua mereka disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan susulan satu perhimpunan #KitaLawan yang diadakan bulan lalu.

Maria ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, mereka kini masih dalam proses dokumentasi dengan ditemani peguam, dan pihak polis belum memaklumkan bila mereka akan dibebaskan.

Mandeep dalam satu kiriman Twitter pagi ini berkata: “Saya hadir bersolidariti bersama Maria. Kini, polis mahu siasat saya pula #KitaLawan.”

Semalam, Sekretariat Bersih 2.0 dalam satu kenyataan memaklumkan, Maria akan hadir memberi keterangan kepada pihak polis hari ini selepas dihubungi polis minggu lalu, memaklumkan beliau akan disiasat mengenai himpunan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana