Meninjau kempen PAS di Rompin...Tak Berani Bangkit Isu Hudud Takut Hilang Sokongan Daripada Bukan Islam

Kempen PAS pada pilihanraya kecil Rompin dilihat lebih tertumpu kepada isu Felda dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) daripada menerangkan pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan parti itu.
Beberapa penganalisis politik berpendapat PAS akan lebih menggunakan isu-isu yang kini laku dan mampu mempersonakan rakyat seperti Felda, GST dan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana isu hudud mampu menjejaskan sokongan kerana ditentang sekutunya DAP dan PKR.

Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata jika isu hudud dibawa dalam kempen ia dilihat mampu memberi kesan terhadap sokongan kepada PAS khususnya daripada pengundi bukan Islam.

Sikap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berbeza pendirian dengan pemimpin DAP dan PKR dalam isu itu bakal menjauhkan pengundi bukan Islam terhadap calon PAS, katanya.

"Malah isu hudud dilihat mampu memecah-belah sokongan pengundi bukan Islam yang sebelum ini memberikan sokongan kepada calon pembangkang atas semangat pakatan pembangkang," katanya kepada Bernama.

Kawasan Parlimen Rompin mempunyai 53,294 pengundi berdaftar dengan majoritinya Melayu manakala 1,352 pengundi Cina, India (621) dan lain-lain termasuk Orang Asli sebanyak 4,541 orang.

Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat memang menjangkakan PAS tidak akan menyentuh mengenai pelaksanaan hukum hudud kerana ia bukan isu yang mampu menggoncang kubu kuat BN.

"Mereka akan lebih menggunakan isu-isu yang kini laku dan mampu mempersonakan rakyat seperti CBP dan 1MDB,' kata pensyarah Pusat Pengajian Sejarah Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Nasrudin Hassan tidak menafikan bahawa parti lebih menumpukan kepada isu nasional seperti CBP dan Felda daripada hudud .

PAS akan hanya memasukkan isu hudud jika terdapat pengundi yang memerlukan penerangan mengenainya, katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, katanya untuk program jelajah kempen PRK Rompin, parti turut membawa penceramah dan ustaz yang mahir mengenai hukum hudud untuk memberikan penerangan.

"Selain itu, parti turut mengeluarkan risalah yang memberi penerangan lanjut mengenai hudud dan isu nasional seperti GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan)," kata Nasrudin.

PRK Parlimen Rompin pada 5 Mei menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Datuk Hasan Arifin dan calon PAS Nazri Ahmad bagi mengisi kekosongan kerusi berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana