Mat Sabu kena 'mandi'... Ketua-ketua Pemuda PAS bersatu sokong boikot PKR

Ini macam penampar ke muka Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang 'acah' hendak ambil tindakan tegas terhadap Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Ustaz Yusni Mat Piah yang mengarahkan Pemuda PAS negeri itu memboikot kempen PKR di Permatang Pauh.
Pada Isnin, sebaik berita Mat Sabu yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu tersebar, Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan di negeri tersebut menyatakan sokongan padu terhadap pendirian Pemuda PAS Pulau Pinang untuk memboikot PRK Permatang Pauh.

Kalau dalam bahasa orang politik... Mat Sabu selaku orang nombor dua PAS Pusat dan Bos PAS Pulau Pinang sidah kena 'mandi' dengan anak buah sendiri.

Tokoh PAS yang popular kerana pandai berceramah itu nampaknya sudah hilang sentuhan dan tidak lagi dihormati akhir-akhir ini.

Biasanya jika orang politik kena 'mandi' begini, yang baca signal akar umbi, akan letak jawatan dan tarik diri dari parti.

Sokongan terbuka kepada Ustaz Yusni itu disuarakan lapan ketua pemuda Pemuda PAS kawasan iaitu Wan Ahmad Rafaie Abdul Rashid (Permatang Pauh), Ahmad Taufiq Saedon (Bagan), Ahmad Fahmi Mohd (Balik Pulau), Syed Mohd Nazri Syed Ibrahim (Bukit Mertajam), Mohd Najib Hamsi (Batu Kawan), Zulazhar Mohamad (Nibong Tebal), Rizal Hafiz Roslan (Tasek Gelugor) dan Mohd Hafiz Kasim (Kepala Batas).

"Kami sepenuhnya memberi sokongan padu pendirian tersebut atas dasar kebersamaan kami dalam mengecam kenyataan biadab Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang dan keengganan mereka memohon maaf atas kecaman mereka terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Adalah dipertegaskan di sini bahawa, pendirian Pemuda PAS Pulau Pinang bukanlah pendirian peribadi ketua pemudanya (Mohd Yusni Mat Piah) sahaja, malah adalah pendirian yang dibuat bersama semua exco Pemuda PAS Pulau Pinang.

"Maka, pendirian ini juga adalah pendirian bersama semua Exco Pemuda PAS kawasan kami," kata mereka dalam kenyataan media pada Isnin.

Pada Ahad, Mohd Yusni dalam kenyataan medianya bertegas tidak akan membantu gerak kerja pakatan pembangkang dalam PRK Parlimen Permatang Pauh.

Beliau berkata keputusan itu diambil selepas AMK Pulau Pinang masih enggan memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan yang didakwa memfitnah Abdul Hadi, walaupun diberi tempoh sehingga semalam.

Menurut kenyataan itu, mereka turut melahirkan rasa kecewa terhadap Ketua Pemuda PAS pusat Suhaizan Kaiat yang dilihat tidak budiman dalam menguruskan isu berkenaan.

Mereka berkata sebagai anak muda di Pulau Pinang, mereka sentiasa berdiri teguh menunjangi kepimpinan ulama yang dikemudi Abdul Hadi dalam menegak cita-cita mendaulatkan Islam di negara ini.

Kemelut yang melanda kempen pakatan pembangkang sebelum ini dianggap selesai selepas Presiden PKR yang juga calon parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadakan pertemuan dengan PAS Permatang Pauh dua hari lepas.

Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan semalam menyifatkan kemelut itu sudah selesai dan tidak lagi timbul isu permohonan maaf yang dituntut sebelum ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana