Mat Sabu Gelabah Giler....Singkir PAS: Saya akan tanya Saari Sungib sendiri

MUADZAM SHAH: "Nanti saya minta penjelasan daripada Saari Sungib sendiri," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, mengulas kenyataan ADUN Hulu Klang itu semalam yang meminta Pakatan Rakyat menyingkirkan PAS jika perlu.

Ujar Mohamad Sabu yang lebih dikenali dengan nama Mat Sabu, beliau belum mendapat maklumat berkaitan perkara itu sementelah sibuk dengan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, buat masa ini.

Beliau yang ditemui pemberita sewaktu ditemui di program bertemu pengundi muda di Desa Teratai, malam tadi, enggan mengulas lanjut mengenai gesaan itu.

Saari, yang digantung keahliannya dalam PAS dilaporkan berkata, Pakatan Rakyat perlu menyingkirkan PAS jika kajian bebas mendapati parti tersebut tidak lagi sesuai berada dalam gagasan itu.

Ujarnya kajian-kajian bebas perlu dilakukan untuk melihat sentimen penyokong PR samada masih mahu DAP dan PKR bertahaluf dengan PAS atau tidak.

Tegasnya, kajian itu penting bagi memastikan sokongan pada Pakatan Rakyat terus utuh sekaligus menjamin kemenangan bergaya mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

"Untuk pastikan ia betul atau tidak (suara akar umbi) PR perlu membuat kajian secara menyeluruh melalui badan-badan bebas seperti Merdeka Center atau sebagainya.

"Kalau keputusan kata PAS elok keluar daripada PR maka hendaklah dibuang daripada PR dan satu keputusan tegas perlu dibuat Pakatan," katanya semasa berucap di konvensyen PasMa peringkat Selangor di Shah Alam, pada Ahad.

Kajian itu kata Saari adalah penting apatah lagi sokongan terhadap gagasan itu sedikit goyah pada waktu ini dan mempengaruhi PRK Parlimen Rompin dan Permatang Pauh.

Dalam perkembangan berlainan, Mat Sabu menolak tanggapan sesetengah pihak yang meragui kebolehan calon mereka bagi PRK Rompin, Nazri Ahmad, kerana menyifatkannya tiada pengalaman.

"Siapa pun (permulaannya) tiada pengalaman. Orang yang mahu berkahwin pun tiada pengalaman, (tapi) lepas berkahwin ramai anak," ujarnya berseloroh.

Beliau berkata, strategi PAS meletakkan Nazri adalah tepat kerana calon itu merupakan orang yang paling layak kerana komited dengan perjuangan.

"Inilah calon kami yang terbaik. Saya dulu mula jadi calon umur 27 tahun, beliau (Nazri) ini boleh dikira lewat," katanya.

Dalam PRK Rompin 5 Mei ini, Nazri akan berhadapan dengan calon BN, Datuk Hasan Ariffin yang merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Pahang, dan pernah berkhidmat sebagai ADUN Bukit Ibam.

PRK Rompin terpaksa diadakan selepas penyandang kerusi Parlimen itu, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis meninggal dunia selepas terlibat dengan kemalangan udara di Semenyih, Kajang bulan lepas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana