Cubaan 'spin' gambar Tok Guru Salleh Musa dan calon PKR

Keberadaan tokoh ulama yang juga Mudir Madrasah ar-Rahmaniah Sik, Tuan Guru Haji Salleh Musa di Masjid Saidina Abu Bakar, Taman Guar Perahu, di sini adalah kerana menyampaikan kuliah tetapnya di situ.

Oleh itu, dakwaan pihak tertentu bahawa beliau hadir dan mengadakan solat hajat sebagai kempen politik bagi parti tertentu yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh adalah tidak benar sama sekali.

Menurut murid kanannya, semasa berkuliah di situ, Tuan Guru telah didatangi wakil sebuah parti yang memaklumkan ingin bertemunya.

"Setelah selesai kuliah, Tok Guru adakan tahlil. Setelah itu, ada permintaan untuk Tok Guru buat solat hajat sempena juga ada orang hajatkan akikah tiga ekor kambing.

"Jadi tujuan solat hajat adalah permintaan orang yang buat kenduri akikah semalam. Bagi meraikannya, Tok Guru pimpin solat hajat.

"Sudah menjadi kebiasaan orang yang mengaji dengan Tok Guru di masjid itu, Tok Guru pasti akan buat tahlil dan solat hajat," terang beliau.

Maklumnya, selesai solat hajat, Tuan Guru dijemput makan di dewan makan dan seorang calon PRK Pmtg Pauh turut berada di situ.

Katanya, selesai Tuan Guru makan, calon tersebut pergi kepada Tuan Guru bertanyakan khabar.

"Tok Guru beritahu dia sihat dan kuliahnya padat. Tiada unsur kempen dan pertemuan tu tidak sampai 5 minit," ujarnya.

Beliau dimaklumkan, ramai jamaah juga kesal dengan dakwaan yang menyatakan Tok Guru mengadakan solat hajat untuk PRK tersebut.

Menurutnya, Tuan Guru seusai itu terus sahaja pulang ke Kedah tanpa singgah di mana-mana bilik gerakan politik atau premis kempen.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana