Berani Ker PKR Ni....Gesaan singkir PAS dari Pakatan... apa kata PKR?

Gesaan ADUN PAS Hulu Klang Saari Sungib supaya Pakatan Rakyat menyingkirkan PAS menimbulkan polemik baru antara pembangkang.
Saari yang digantung keahlian setahun oleh PAS kerana melanggar arahan parti berikutan kes menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam kes MB Selangor sebelum ini 'kecewa' habis dengan parti itu dan meminta tindakan drastik.

Tidak mengejutkan kerana Saari sebelum ini ahli PKR sebelum menyertai PAS selepas 2004.

Mengulas kenyataan Saari itu, Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh sebaliknya berkata kenyataan Saari itu mungkin disalahtafsir oleh pemberita.

“Pertamanya saya rasa kenyataan (Saari) itu diputarbelitkan sedikit. Saya tidak rasa dia tidak bermaksud hendak menyingkirkan, dia sebut sekiranya.

"Sekiranya ada kajian untuk melihat kekuatan parti itu, keterlibatan PAS dalam perubahan (bersama Pakatan Rakyat) dan jika kajian itu menunjukkan PAS tidak mampu atau mampu untuk terus bersama Pakatan Rakyat, maka PAS akan buat pertimbangan.

"Tetapi disebabkan kenyataan (Saari ) itu seolah-olah di tengah-tengah, jadi nampak YB Saari Sungib mengatakan seolah-olah mahu menyingkirkan PAS,” katanya.

Saari ketika hadir pada konvensyen kali pertama Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) di Shah Alam pada Ahad berkata Pakatan perlu menyingkirkan PAS jika kajian-kajian bebas mendapati parti tersebut tidak lagi sesuai bersama gagasan itu.

Kajian itu perlu kata Saari berikutan pergolakan dalaman PAS kini semakin membimbangkan dan dikhuatiri akan mempengaruhi keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Syed Ibrahim kemudiannya berkata saranan Saari agar diadakan kajian untuk melihat samada penyokong Pakatan masih mahukan PAS bersama gagasan itu, adalah munasabah.

Selepas melihat hasil kajian itu, PAS boleh menilai dan membuat keputusan untuk terus bersama Pakatan Rakyat atau tidak.

“Saya rasa tidak timbul isu itu, saya faham dari segi pendapat YB Saari Sungib, dia mempunyai motif yang sangat besar, maknanya bagi beliau untuk pastikan adanya kesatuan dan kekuatan pakatan rakyat untuk menumbangkan BN.

“Tetapi satu kajian perlu dibuat sekiranya PAS tidak benar-benar mahu dalam pakatan rakyat, jika kajian itu benar, mereka (PAS) boleh buat keputusan, bukan maknanya apabila ada dicadangkan, maka terus membuat satu keputusan, “ katanya.

PAS sebelum ini berkali-kali menyatakan komitmennya untuk terus bertahaluf siyasi dengan Pakatan.

Malah PAS juga kerap kali menegaskan DAP yang perlu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak selesa dengan perbezaan ideologi parti masing-masing.

Ini kerana ketiga-tiga parti (PAS, DAP dan PKR) sebelum ini 'bersetuju untuk tidak bersetuju' dalam beberapa isu, termasuklah hudud.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana