Agus minta PKR henti sensasikan fakta tidak tepat

SHAH ALAM: 'Cukuplah mensensasikan fakta yang tidak tepat dan hal yang tidak perlu,' tegas penganalisis politik, Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yussof.

Mohammad Agus berkata demikian mengulas permintaan pihak pembangkang supaya kerajaan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman di penjara Sungai Buloh keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh pada 7 Mei ini.

"Cukuplah mensensasikan fakta yang tidak tepat dan hal yang tidak perlu," ujar Agus menerusi laman Facebooknya.

Agus berkata, walaupun PKR mahukan Anwar mengundi dalam PRK Permatang Pauh, perkara itu tidak dibenarkan berdasarkan kepada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Ini kerana peruntukan Perkara 119(3)(a) menyatakan seseorang yang gila atau sedang menjalani hukuman penjara atau dihukum dengan hukuman mati atau penjara melebihi 12 bulan, maka hilang kelayakan untuk mengundi pada hari pengundian," katanya.

Malah, Agus berkata beliau pelik ketika mana PKR mahu Anwar dibenarkan mengundi pada PRK Permatang Pauh nanti.

"Apabila PKR meminta Anwar diberi izin untuk mengundi, saya rasa pelik.

Tambahnya, ini kerana beliau yakin pemimpin PKR tahu akan peruntukan tersebut.

"Saya yakin pemimpin PKR tahu peruntukan ini.

"Saya juga yakin pemimpin PKR tahu jika DS Anwar mahu diberikan hak mengundi itu, maka Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda terlebih dahulu.

Justeru, Agus mempersoalkan untuk apa lagi meminta Anwar menjadi pengundi.

"Jika tahu, untuk apa diminta DS Anwar menjadi pengundi dalam PRK ini? soalnya.

Selain itu, Agus turut meminta PKR berkempen secara berhemah dan bijaksana tanpa perlu mensensasikan perkara yang tidak tepat faktanya.

"Banyak lagi isu-isu yang boleh disyarahkan dalam PRK ini. Kempenlah dengan bergaya dan bijaksana," tambahnya.

PRK Permatang Pauh diadakan setelah kerusi itu kosong selepas Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat berikutan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon oleh keluarga beliau.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan kes meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

PRK Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru dengan calon BN, Suhaimi Sabudin, ditentang calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Azman Shah Othman daripada Parti Rakyat Malaysia, serta calon Bebas, Salleh Isahak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana