Tolak Hudud, DAP Jatuh Ke Dalam Perangkap BN - Nik Abduh...Berbelit Belit Cakap Dia Ni...Habis Siapa Yang Sokong Hudud Di Kelantan Tu?

PETALING JAYA: PAS mendakwa tindakan sekutunya DAP menolak sekeras-kerasnya pelaksanaan hukum hudud di Kelantan ibarat telah jatuh ke dalam perangkap Barisan Nasional (BN).

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata alasan DAP yang mempertahankan sekularisme negara sebenarnya adalah usaha memperteguhkan kembali ideologi sekular BN yang semakin lemah.

"DAP telah masuk ke dalam perangkap Umno BN kerana bertegas menolak hak demokratik rakyat Kelantan.

"Apa yang mereka lakukan adalah untuk memperteguhkan kembali binaan ideologi sekular BN," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata PAS akan terus berjuang menegakkan ajaran Islam walaupun bertentangan di antara sekularisme negara dan Islam sebagai agama rasmi akan berterusan.

"PAS akan terus berjuang mengembalikan umat Islam kepada kefahaman asal dan benar bahawa Islam adalah satu agama dalam erti kata yang sebenar iaitu satu sistem kehidupan.

"Maka Islam sebagai agama rasmi mestilah difahami dari agama itu sendiri, bukan dari kaca mata penjajah barat yang memahaminya secara salah," katanya.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 19 Mac lalu meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri ini.

Kesemua 44 anggota dewan meluluskan sebulat suara rang undang-undang berkenaan.

Sejarah tercatat apabila kesemua 12 anggota dewan daripada Barisan Nasional (BN) menyokong rang undang-undang itu yang dibentangkan kerajaan negeri pimpinan PAS melalui Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Kesemua 31 anggota dewan daripada PAS dan seorang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR-Guchil) Mohamad Roslan Puteh, menyokong rang undang-undang berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana