Syabas KPN....126,000 anggota polis boleh ganti saya pantau Twitter kata IGP

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata beliau tidak khuatir dengan kempen yang bertujuan mengharamnya di Twitter dengan berkata 126,000 lagi pegawai polis lain akan mengambil alih mengawasi laman media sosial itu.

Beliau memberitahu mereka di belakang kempen itu supaya meneruskan usaha mereka sambil menambah polis akan terus memantau Twitter dan lain-lain rangkaian sosial.

“Saya tidak ada masalah jika mereka mahu mengharamkan saya daripada Twitter. Jika saya diharamkan, ada 126,000 yang lain yang akan memantaunya,” beliau memberitahu wartawan ketika perayaan Hari Polis ke-208 di sini hari ini.

Dua hari lalu, sebuah kumpulan hapus Akta Hasutan melancarkan kempen Twitter terhadap Khalid dengan meminta pengguna supaya membuat aduan terhadap ketua polis kerana salahguna online.

Di laman Facebooknya, Gerakan Hapus Akta Hasutan memuatnaik panduan bagaimana membuat aduan salah guna terhadap Ketua Polis Negara berikutan arahannya di laman rangkaian social supaya menyiasat pengguna yang mengeluarkan tweet berkenaan isu semasa.

“Peraturan dan Dasar Twitter jelas menyatakan pengguna ‘tidak boleh terlibat dalam salah guna atau gangguan yang disasar’ dan ia mengambil kira jika ‘tingkah laku dilaporkan itu adalah sebelah pihak atau termasuk ugutan’.

“KPN telah melanggar peraturan ini dan dalam mengharamkannya, Twitter akan menjadikan platform itu lebih selamat untuk rakyat Malaysia dengan bebas mengeluarkan pendapat mereka tanpa kekhuatiran dihukum oleh ketua polis,” kata kumpulan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana