“Saya Tidak Akan Minta Maaf Pada Hadi” – Zairil DAP

KUALA LUMPUR – Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari menegaskan bahawa dia tidak akan sesekali meminta maaf atas kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang di atas kenyataannya terhadap Presiden PAS itu sebelum ini.

“Saya tidak akan meminta maaf kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” tegas Zairil dalam satu kenyataan.

Zairil turut menegaskan bahawa tetap dengan pendiriannya bahawa Abdul Hadi telah melakukan banyak pengkhianatan ke atas Pakatan Rakyat dengan harapan untuk memecahbelahkan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, Presiden PAS turut mengkhianati 52 peratus pengundi yang memilih Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

“Saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tiada masa depan jika Abdul hadi terus mengetuai PAS. Hipotesis ini berdasarkan banyak tindak tanduk pengkhianatan beliau termasuk dalam isu jawatan Menteri Besar Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zairil berkata, pengkhianatan Abdul Hadi juga terbukti apabila sebanyak sebanyak enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen menyaksikan pertandingan sesama sendiri antara PAS dan PKR disebabkan Presiden PAS menyebabkan ia dimenangi oleh Barisan Nasional (BN).

Selain itu, dia turut mendakwa bahawa surat bantahan oleh PAS Pusat ke atas kenyataannya berhubung Abdul Hadi ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bukan Presiden PAS.

“Saya tidak pernah memohon maaf kepada Abdul Hadi saya kekal dengan kenyataan saya berhubung Presiden PAS itu,” tegas Zairil.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana