'PKR guna istilah Arab untuk kaburi mata masyarakat'

BANGI, 27 Mac – Menggunakan alasan fiqh al-awlawiyyat, maslahat ummah dan maqasid syariah untuk menolak undang-undang hudud boleh dianggap sebagai taktik sampah PKR, kata Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS), Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa.

Beliau berkata, PKR menganggap menggunakan beberapa istilah syarak dalam bahasa Arab mampu mengalihkan pandangan masyarakat terhadap agenda sebenar yang mereka sedang lakukan.

“Bagi saya ini semua adalah terma-terma yang sering kali disalah guna oleh golongan yang berkepentingan. Mereka menggunakan istilah-istilah yang bombastik yang tidak berapa difahami oleh masyarakat, untuk tunjuk pandai.

“Lalu masyarakat yang tidak memahami istilah tersebut akan terdiam dan bersetuju dengan minda mereka yang gunakan istilah Arab itu pasti lebih tahu dan banyak mengkaji berbanding masyarakat awam”.

“Seperti kata Saidina Ali iaitu kalimah yang benar, tetapi digunakan atas tujuan kebatilan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan PKR sebelum ini apabila menetapkan pendirian mengikut langkah DAP untuk tidak menyokong hudud berdasarkan prinsip fiqh al-awlawiyyat, maslahat ummah dan maqasid syariah.

Ustaz Syamil berkata, hakikatnya PKR tidak pernah memperjuangkan apa-apa agenda Islam secara jelas.

“Mereka mendakwa mencari keadilan dan maslahat umat, namun perjuangan mereka sebenarnya adalah berkiblatkan fahaman liberal yang bertentangan dengan Islam.

“Impian menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, Langkah Kajang, isu pemilihan pemimpin PKR dan banyak lagi kenyataan mereka sudah membongkarkan kepada kita siapa mereka dan apa yang mereka mahu.

“Oleh itu, dalam perkara ini kita harus melihat dari dua sudut. Sudut yang pertama adalah sejauhmana kita mahu hudud dilaksanakan dan apakah langkah menuju perkara tersebut. Sudut yang kedua adalah isu maslahat umat mesti dilihat dari ruang lingkup kepentingan umat, bukan kepentingan parti sendiri,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana