Pencetus keganasan di #KitaLawan ditangkap - Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR: Polis akan menangkap mereka yang mengambil bahagian dalam perhimpunan beramai-ramai anjuran #KitaLawan jika ia menjadi kelam-kabut, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran hari ini.

Sambil menyeru perhimpunan itu dibatalkan, IGP juga mendakwa berapa laporan dibuat orang awam mendakwa siri perhimpunan #KitaLawan mengganggu ketenteraman awam.

“Jika kami rasa ia akan menjadi kelam-kabut, kami akan ambil tindakan.

“Jika anda ingin menganjurkan perhimpunan, boleh bukannya tak boleh. Tetapi anda mesti mematuhi undang-undang,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Malaysiakini.

“Ingat negara ini ada undang-undang dan polis. Jika tidak bertindak… Anda boleh fikir sendiri,” tambahnya.

Khalid juga menjelaskan tangkapan enam orang di perhimpunan duduk #KitaLawan di Dataran Merdeka malam tadi. Katanya, polis mengambil tindakan apabila kumpulan itu “menjadi ganas”.

“Mereka memukul pihak berkuasa, itu sebabnya kami bertindak dan menangkap mereka.

“Disebabkan itu, kumpulan ini tidak lagi dibenarkan berkumpul kerana anda boleh lihak bagaimana mereka menjadi ganas apabila dibenarkan berkumpul.

“Kerana mereka tidak dapat mengawal diri mereka dan ini mencetuskan keganasan, kami tidak akan membenarkan mereka menganjurkan perhimpunan di tempat yang biasa mereka adakan,” portal berita itu memetik beliau sebagai berkata.

Dalam kejadian semalam, enam penunjuk perasaan termasuk wakil rakyat dari Perak, ADUN Teja Chang Lih Kang dan Simpang Pulai, Tan Kari Hing ditahan kerana didakwa menghalag kakitangan kerajaan menjalankan tugas mereka.

#KitaLawan mendakwa, keenam-enam orang itu dikasari oleh polis ketika kejadian berkenaan tetapi dalam post Twitter mengumumkan penangkapan itu, Khalid berkata, penunjuk perasaan itu yang bertindak ganas.

“@PDRMsia malam tadi telah tangkap 6 Ahli Kump Haram KitaLawan di DM yg telah mengganas dgn membelasah P'kuasa DBKL. Ini kah p'himpunan Aman?” kata tweet Khalid.

Awal hari ini, polis juga menangkap Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berikutan pekelilingnya menyeru ahli parti menghadiri perhimpunan raksasa #KitaLawan esok.

Mereka akan mengadakan ceramah anti-GST di Dataran Merdeka pada jam 9 malam ini manakala perhimpunan esok diadakan di kompleks beli-belah Sogo di pusat bandar raya.

Polis sudah menahan sekurang-kurang 11 orang setakat ini berkaitan siri #KitaLawan sebelum ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana