Pemimpin PAS Ditaja DAP Lawan Hadi Awang?

KUALA LUMPUR 28 Mac - PAS Wilayah Persekutuan mendakwa terdapat beberapa pemimpin parti yang dilihat seolah-olah telah ditaja DAP bagi mencabar kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pesuruhjayanya, Mohamad Noor Mohamad berkata, ianya susulan tindakan DAP yang memutuskan secara rasmi memutuskan sebarang kerjasama dengan Abdul Hadi akan tetapi masih mengekalkan 'persahabatan' dengan PAS.

"Jika dakwaan itu benar, ia amat tidak wajar berlaku.

"Kita melihat kenyataan itu semacam DAP ada rancangan untuk menaja mana-mana pimpinan parti untuk menjadi Presiden PAS.

"Tidak boleh sama sekali campur tangan orang lain dalam parti," katanya memetik laporan Sinar Harian Online hari ini.

Sebelum ini, DAP memutuskan tidak boleh bekerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan tindakan PAS mahu membentang Rang Undang-Undang Persendirian berkenaan hudud di Dewan Rakyat.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata Abdul Hadi bertindak secara tidak jujur dan tidak bermaruah serta tidak menghormati persetujuan Majlis Pimpinan Pakatan dalam isu itu sebelum ini.

Kecaman Guan Eng itu dibalas Abdul Hadi semalam dengan menegaskan, ahli PAS yang menentukan kedudukannya dalam kepimpinan ekoran setiap ahli PAS mempunyai pendirian masing-masing.

Beliau turut mengecam DAP sebagai orang luar yang tidak sepatutnya mencampuri urusan pentadbiran PAS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana