Pembangkang Goyang sehingga Buat Unsul Di Dewan Rakyat Untuk Pecat KPN

KUALA LUMPUR 30 Mac - Dewan Rakyat hari ini menolak usul tergempar memecat Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dibawa oleh Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) berikutan kebimbangan wujudnya penyalahgunaan Akta Hasutan.

Keputusan itu dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di dalam kamar beliau hari ini.

Dalam kenyataan keputusan itu, Pandikar berkata, tindakan Khalid adalah di bawah bidang kuasa yang diberikan kepadanya bagi memastikan keamanan dan keselamatan negara terjamin.

"Saya telah meneliti perkara yang dibangkitkan oleh yang Berhormat (MP Bayan Baru)  dan mendapati bahawa tindakan yang diambil oleh Ketua Polis Negara adalah dibawah bidang kuasa yang diberikan kepadanya mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada bagi maksud keselamatan negara dan ketenteraman awam.

"Oleh yang demikian, perkara ini tidak perlu disegerakan," katanya.

Tze Tzin pada Rabu telah mengemukakan usul menggesa Khalid dipecat kerana didakwa menggunakan Akta Hasutan begi menahan ahli-ahli Parlimen khasnya pembangkang.

Dalam usul itu, Tze Tzin mencadangkan bahawa Dewan Rakyat perlu membahaskan tatacara Ketua Polis Negara dan memutuskan untuk memecat beliau atas tiga sebab iaitu menyalahgunakan Akta Hasutan terhadap ahli parlimen, menahan peserta perhimpunan awam dan tindakan penahanan melalui laman sosial Twitter.
Sehingga hari ini dakwanya, seramai 36 ahli parlimen, pensyarah universiti, pelajar dan aktivis sosial telah diakwa, ditangkap dan disiasat PDRM menggunakan Akta Hasutan.
Dakwanya, ia bercanggah dengan kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana