PAS Saja Terhegeh Hegeh.....PAS dipermainkan pula PKR dan DAP Sabah

PAS terus dipermainkan rakan parti komponen dalam pakatan pembangkang pada ketika parti itu dalam mesyuaratnya membuat keputusan untuk kekal dalam perikatan rapuh itu.

Terbaru, PKR dan DAP Sabah bertindak memutuskan hubungan politik dengan PAS negeri lantaran tidak setuju dengan pelaksanaan hukum hudud yang mahu dibentangkan PAS Kelantan di parlimen.

PAKATAN BARUalam sidang media bersama DAP Sabah, Ketua PKR negeri, Datuk Lajim Ukin berkata, beliau sebagai orang Islam menerima hukum hudud namun tidak nampak keperluan melaksanakan undang-undang itu buat masa ini.

“Kami telah mengambil kira semua pandangan, faktor dan keadaan politik semasa sebelum mengambil keputusan yang berat untuk memutuskan hubungan kerjasama dengan PAS Sabah,” katanya ditemani Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berkata, keputusan itu dibuat selepas pertemuan dengan pemimpin PAS Sabah serta hanya membabitkan hubungan politik dengan PAS Sabah dan tidak membabitkan peringkat Pusat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana