PAS-DAP-PKR...sudah tidak ada jalan keluar

Rasanya Langkah Kajang sudah terlalu kecil kalau nak banding dengan 'kebuntuan' isu Hudud yang sedang goncang pakatan PAS-DAP-PKR sekarang.

Usaha PKR tendang Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor tidk lama dulu hanya terhad kepada pergelutan politik.Namun bagi PAS kini gelanggang sengketa melibatkan soal agama.

Maruah dan integriti parti itu kini disandarkan kepada perjuangannya untuk laksanakan Hudud.

Kini semua orang tertanya bagaimana akhir jalan cerita ini dimana PAS sekarang nyata sudah macam nak bakar jambatan berdepan dengan penentangan dari DAP dan PKR.

Lihat dari segenap sudut,situasinya ialah 'no way out'.

Setelah membawa pindaan berkaitan Hudud diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan dan kini menunggu usul persendiriannya dibentang di Parlimen,kemungkinan PAS berpatah balik adalah tipis.

Sikap DAP khususnya dan PKR juga dalam isu Hudud sudah tentu jelas termaktub.

Sekalipun perbezaan pandangan adalah perkara biasa dalam satu pakatan politik,namun menyingkap ke belakang,kebuntuan yang dihadapi ini, kata orang hanya menunggu masa saja.

Siapa boleh lupa ungkapan kontroversi mendiang otai DAP,Karpal Singh yang cabar langkah mayatnya dulu kalau PAS nak laksana sisten Negara Islam di Malaysia.

Bezanya waktu itu ia hanya berkisar pada cakap-cakap sebaliknya kini PAS sudah mengambil langkah untuk laksana Hudud di Kelantan menerusi proses Dewan Undangan Negeri.

Sebenarnya kalau dilihat dari semangat mendiang Karpal Singh mengaum itu,DAP sepatutnya sudah putuskan sepenuhnya hubungan dengan PAS.

Menariknya apa yang berlaku masih ada unsur 'tarik tali nak main politik' bila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng umum parti itu hanya akan putuskan hubungan dengan Datuk Seri Haji Hadi Awang selaku Presiden PAS.

Kalangan pemerhati politik menilai sebagai satu langkah 'berani-berani takut'.

Ramai juga yang tertawa melihat gelagat DAP ibarat telunjuk lurus kelingking berkait itu yakni nak buang ketuanya tapi masih nak cium mulut dengan ahli PAS.

Makanya Guan Eng tidak boleh marah jika ada yang menilai pengumuman itu lebih bertujuan nak acah ahli PAS tendang Hadi sebagai Presiden pada pemilihan Jun ini.

Dalam bahasa mudah...kalau kamu nak kawan dengan aku....itu orang mesti out.

Sebaliknya apa yang berlaku seolah strategi itu jelas makan tuan bila mana kalangan pimpinan PAS di seluruh negara telah merapatkan barisan berdiri teguh di belakang Hadi.

Bagi mereka kata dua seperti itu adalah satu penghinaan pada PAS.

Dari cakap-cakap politik yang berlegar ramai yang rasa DAP cukup kecut perut untuk bercerai sepenuhnya dengan PAS kerana bimbang ia akan mengugat keutuhan kerajaan Pakatan di Selangor.

Kedudukan semasa ialah DAP 15 kerusi,PKR 13 manakala PAS 15.UMNO/BN pula 12 dan satu Bebas,Tan Sri Khalid Ibrahim.

Jika tidak roboh pun,kerajaan negeri Pakatan itu akan tinggal nyawa ikan hilang majoriti dua pertiga jika PAS buat perangai.

Dengar cerita ini yang buat DAP dan PKR tidak nyenak tidor sejak krisis Hudud ini jadi hangat.

Setakat ini yang nampak berani tunjuk jantan ialah DAP negeri Sarawak yang Jumaat umum bertindak keluar dari Pakatan kerana isu Hudud.

DAP Sabah pula baru mencetuskan idea hendak bentuk Pakatan Rakyat Baru - tanpa PAS di negeri itu.

DAP Sarawak dan Sabah mempunyai kuasa autonomi dalam menentukan arah tujunya.

Apapun keputusan DAP di dua negeri itu dilihat lebih sebagai 'gempak' saja kerana ia tidak beri sebarang impak besar dalam krisis PAS-DAP-PKR di semenanjung.

Kalau nak kata tidor sebantal mimpi lain-lain memang itulah keadaannya dalam hubungan Pakatan selama ini.

PAS dengan Hudud,DAP dengan hajat nak laksana pilihanraya kerajaan tempatan dan PKR dengan Langkah Kajang.

Apa yang menjadi tandatanya ramai kini ialah beranikah PAS atau DAP ucap selamat tinggal kepada Pakatan.

Kalau tidak pun siapa dulu yang nak tunjuk jantan.

Drama lucu yang semua orang lihat kebelakangan ini ialah DAP geletek PAS suruh angkat kaki manakala PAS juga halau DAP keluar.Masing-masing kata tetap nak duduk bawah Pakatan.

Kesian juga PKR tidak langsung dilihat jadi faktor besar dalam Pakatan sekarang.Ini kerana gelagatnya yang playsafe dan main dua kolam.

Mengikut perkiraan pemerhati politik episod drama ini dijangka akan jadi lebih menarik apabila keputusan pemilihan PAS Jun ini diketahui nanti.

PAS kini sudah terbahagi dua antara golongan ulama dan Anwarinas/profesional.

Dari corak pencalonan untuk pemilihan jawatan jelas sekali kedudukan Hadi sebagai Presiden akan tergugat.

Malah ada yang menduga golongan ulama akan kuasai balik barisan Ahli Jawatankuasa Pusat yang kini majoriti adalah Anwarinas/profesional.

Hadi sekarang dikatakan 'terhimpit' dalam situasi yang kronik ini dimana suara Anwarinas/profesional lebih ramai dalam badan pengubal dasar parti itu.

Ketika ditemui wartawan di Rusila Jumaat,Presiden PAS itu kata PAS tidak kisah jika perlu putuskan hubungan dengan DAP dan PKR.

Katanya PAS tidak perlukan DAP untuk dapatkan undi orang Cina.

Malah beliau mendakwa DAP hanya berjuang untuk satu kaum saja dan sebaliknya PAS untuk semua.

Risiko politiknya ada jelas.Contohnya di Selangor dari 15 kerusi yang PAS menang sekurang-kurangnya 9 kerusi boleh tukar jadi warna hitam tanpa sokongan pengundi Cina.

Hadi tahu fakta ini,Guan Eng tahu dan begitu juga Azmin.

Itu baru Selangor.Bagaimana di Perak atau Johor dan tempat-tempat lain ?
Cakap sudah cakap.Mahu tidak mahu jika dinobatkan semula sebagai Presiden Jun nanti Hadi tidak boleh berdolak dalik lagi.

Cuma ada dua simpang.Beliau perlu menentukan simpang mana yang hendak diambil PAS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana