Panasss!!! Mustafa Ali pekak, PAS Pusat lembab, dakwa Usin Ceroi

SHAH ALAM: Pengendali laman Facebook Tuc Tok Usin Ceroi yang bertanggungjawab mendedahkan terdapat komplot untuk menggulingkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menjatuhkan kepimpinan ulama hari ini menegur PAS Pusat kerana 'lembab' dalam menjalankan siasatan.

Usin Ceroi sebelum ini menggejutkan ahli dan pemimpin PAS apabila mendedahkan sebuah rakaman audio yang mengandungi suara seakan mirip Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu - sedang memberikan taklimat berkaitan usaha menggulingkan Hadi.

Susulan itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberi jaminan bahawa Mohamad Sabu akan disiasat.

Namun sehingga kini, Mohamad belum dipanggil untuk siasatan meskipun bukti audio itu sudahpun diserahkan kepada jawatankuasa siasatan.
Sebelum ini, Ketua Pemuda PAS Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim menolak menolak keanggotaan jawatankuasa berkenaan.

Katanya, keanggotaan jawatankuasa siasatan itu tidak telus berikutan turut dianggotai oleh individu yang disyakki terlibat dalam  usaha licik itu.

Ujar beliau, kes seumpama itu seharusnya diserahkan kepada sebuah jawatankuasa khas yang berkecuali, yang mana keanggotannya bukan daripada kalangan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

"Sepatutnya kes ini diserahkan kepada Jawatankuasa Khas yang berkecuali, bukannya AJK PAS Pusat. Ini sebabkan pihak Hawai Five O mendakwa lebih separuh daripada AJK PAS Pusat adalah dari kalangan mereka.

"Paling kurang kes ini diserahkan kepada Jawatankuasa Disiplin justeru jawatankuasanya bukan AJK PAS Pusat yg didakwa terlibat secara langsung," katanya dalam satu kenyataan selepas hadir ke Ibu Pejabat PAS, untuk membantu siasatan, baru-baru ini.

Noorzazilafadli adalah individu pertama yang membuat tuduhan secara terbuka bahawa terdapat komplot jahat untuk mencalar imej Hadi dan ulama dalam PAS.

Beliau yang menggerakkan demontrasi aman di hadapan ibu pejabat PAS sebelum ini menamakan Pengarah Pilihan Raya  PAS, Dr Hatta Ramli sebagai dalangnya.

Antara nama pemimpin yang turut dilaporkan media sebelum adalah Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub, Dr Dzulkefly Ahmad, Khalid Samad dan ramai lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana