#KitaLawan..Yang Lantang Bersuara Tak Hadir plak...Jadi Mangsa BARUA

KUALA LUMPUR: Himpunan #KitaLawan anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini berjalan dalam keadaan hambar tanpa kelibat pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Parti itu cuba meletakkan punca kehambaran itu pada pihak berkuasa yang bertindak menahan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, beberapa jam sebelum himpunan itu bermula.

Antara yang ditahan adalah Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Rafizi Ramli, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan aktivis mesra pembangkang, Hishamuddin Rais.

Namun yang menjadi persoalan adalah pemimpin-pemimpin lantang yang masih bebas tidak pula menyertai himpunan itu.

Tiada kelibat Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar, begitu juga dengan susuk tubuh pemimpin pemimpin DAP, Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang.

Apatah lagi kehadiran pemimpin kanan PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Mustafa Ali, Suhaizan Kayat dan lain-lain.

Jika sebelum ini DAP beralasan pemimpinnya diarahkan untuk fokus kepada program melibatkan warga emas yang sudah diatur justeru tidak dapat menghadiri himpunan itu.

Kali ini DAP secara terus terang memberitahu partinya tidak terlibat dengan program itu meskipun himpunan itu memperjuangkan isu pembebasan Ketua Pembankang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isu pelaksanaan cukai GST.

Sementara PAS pula sebelum ini mendakwa himpunan #KitaLawan adalah program AMK dan parti Islam itu tidak terlibat.

Himpunan #KitaLawan hari ini adalah yang kedua selepas program yang sama diadakan pada 7 Mac lalu.

Kehadiran peserta pada himpunan itu juga tidak begitu memberangsangkan biarpun sebuah portal melaporkan sekitar 10,000 orang hadir.

Himpunan awal Mac itu yang berlangsung dalam keadaan hujan renyai itu akhirnya tamat

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana