Jeng...Jeng....Menunggu kerajaan baru di Selangor?

Selepas Hudud... Lim Kit Siang cuba jolok kononnya gabungan baru parti politik antara BN dan Pakatan perlu disegerakan untuk bentuk kerajaan Malaysia, namun itu rasa jauh sangat.
Yang ramai dok nampak dan hitung ketika ini adalah gabungan baru parti politik untuk perintah Selangor.

Ini berikutan gagalnya kerjasama politik antara DAP dan PAS yang masing-masing mempunyai 15 kerusi DUN di Selangor.

Secara hisabnya, jika PKR dan DAP saja membuntuk kerjasama politik, PKR ada 13 ADUN, hanya 28, tak ada majoriti kekalkan kerajaan.

Pun begitu PKR enjoy sokongan daripada dua ADUN PAS yang digantung, Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Tapi perkara itu belum disahkan dalam DUN Selangor.

Jika benar kerjasama DAP dan PAS sudah berakhir, maka satu sidang DUN perlu dipanggil untuk melihat siapakah yang mempunyai majoriti melalui undi percaya kepada kerajaan sekarang yang dipimpin oleh Mohamad Azmin Ali.

Ini penting untuk pengesahan mandat terutama selepas penegasan oleh Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan di Parlimen pada Rabu.

Menurut beliau, kerjasama politik yang terjalin antara PAS dan DAP sejak 2008 secara dasarnya sudah berakhir meskipun tiada pengumuman secara rasmi berikutan keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, ini kerana, Abdul Hadi dan PAS tidak boleh dipisahkan, justeru penolakan DAP terhadap pemimpin nombor satu itu bermaksud peng­akhiran dalam hubungan antara kedua-dua parti.

Meskipun begitu, Takiyuddin berkata, hala tuju PAS hanya akan ditentukan dalam mesyuarat PAS Pusat pada 30 Mac ini, namun memberi gambaran bahawa barisan kepemimpinan tertinggi PAS telah pun menyatakan pendirian mereka mempertahankan Abdul Hadi dalam reaksi masing-masing terhadap keputusan DAP itu.

“Pendirian pimpinan PAS sudah dapat dilihat. Sekarang ini semua sudah bagi pandangan dan saya menyokong kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semalam.

“Tetapi bagi saya, sekiranya DAP buat keputusan secara kolektif dalam parti memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, bermakna dia memutuskan hubungan dengan PAS, itu sahaja, itulah pengakhirannya.

“Takkan Presiden lain, PAS itu lain, saya bagi contoh kalau saya keluarkan kenyataan mahu putuskan hubungan dengan semua Ahli Parlimen DAP kecuali Ahli Parlimen Raub, tidak boleh sebab dia DAP juga,” katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyatakan keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi yang disifatkan tidak jujur berikutan tindakan parti itu bertegas melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Guan Eng berkata, pengkhianatan Abdul Hadi bukan sahaja dalam isu hudud, malah dalam isu pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang menyebabkan krisis besar berlarutan sehingga hampir menjatuhkan kerajaan negeri Selangor.

Sementara itu, menjawab desakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali supaya Abdul Hadi memberi penjelasan di dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden (MPP) pakatan pembangkang, menurut Takiyuddin, kerjasama antara ketiga-tiga parti bukan bermaksud PKR dan DAP boleh sesuka hati meminta PAS mengikut telunjuk mereka.

Katanya, gabungan tersebut rapuh kerana hanya diwujudkan berdasarkan persefahaman tidak mengikat PAS, justeru perjuangan PAS untuk mewujudkan masyarakat yang mengikut syariat Islam mendahului kehendak rakan sekutu mereka.

“Pakatan rakyat tidak didaftar pun dan tiada satu Perlembagaan, hanya persefahaman sahaja, tiada kerangka bersama.

“Di dalam itu tidak mengatakan bahawa semua pihak tertakluk pada ini, tidak boleh buat benda lain walaupun berkaitan kekurangan parti sendiri, Pas atas dasar Islam, kita percaya kita ada hak berjuang berdasarkan Perlembagaan kita.

“Kita bawa masuk dewan, kita ada majoriti dan sokongan penuh 36 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada 1993, baru-baru ini 44 orang ADUN sokong enakmen ini jadi tidak demokratik lagi? Sekarang kita bawa ke saluran Parlimen, kalau lulus, luluslah kalau tidak, kita sudah selesaikan tanggungjawab,” jelas beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana