Ini sebab Rafizi ditahan...Inilah Janji KPN Tidak Biarkan Amaran Lagi...Tewrus Tangkap

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli ditahan bawha Akta Hasutan petang Jumaat membantu siasatan berhubung pengedaran surat arahan berkaitan membebaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim..
Khalid berkata tindakan Rafizi amat berbahaya kerana surat yang dikeluarkan itu boleh mengundang pelbagai makna.

"Surat terbuka macam ni boleh menimbulkan pelbagai makna...adakah dia mengarahkan orang-orang dia supaya pecah penjara itu? Surat ini memberi pelbagai kefahaman...jadi kita menahan Rafizi untuk membantu siasatan," katanya.Beliau kepada demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran International Islamic University Malaysia (IIUM) Royal Malaysia Police Alumni Chapter di Kuala Lumpur Jumaat.

Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR ditahan pada pukul 3 petang di pejabatnya di Pandan Prima dan permohonan reman akan dibuat esok.Serentak dengan itu Khalid berkata penganjur perhimpunan #KitaLawan tidak lagi dibenarkan untuk mengadakan sebarang perhimpunan di ibu kota.

Beliau berkata ini berikutan tindakan kumpulan itu bertindak agresif terhadap penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kejadian kira-kira 12.15 pagi Khamis.

"Kumpulan ini belasah penguat kuasa DBKL. Kalau nak berhimpun, buatlah dengan cara yang aman. Bukan bertindak ganas. Maka kumpulan ini tidak lagi dibenarkan untuk berkumpul.

"Jadi kerana mereka tidak dapat mengawal diri sendiri dan menganggu keamanan, mereka tidak lagi dibenarkan untuk mengadakan perhimpunan di kawasan-kawasan mereka biasa buat. Saya dah pesan, kalau nak buat apa-apa perhimpunan, ikut peraturan. Saya ingin menegaskan bahawa, kumpulan ini tidak lagi dibenarkan berhimpun di mana-mana kawasan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana