Enam 'samseng' pembangkang ditahan selepas belasah penguatkuasa DBKL

Enam penyokong #KitaLawan berlagak samseng apabila melakukan keganasan terhadap penjawat awam dalam kejadian di Dataran Merdeka Khamis malam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman Twitternya mengesahkan perkara itu.

"@KBAB51: @PDRMsia malam tadi telah tangkap enam ahli kumpulan haram KitaLawan di Dataran Merdeka yang telah mengganas dgn membelasah penguatkuasa DBKL.

"Inikah perhimpunan aman?" katanya.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, pihak DBKl sudah meminta mereka yang berhimpun di kawasan terbabit bersurai pada 10 malam tadi dan memberi masa dua jam.

Menurutnya, bagaimanapun selepas 12 tengah malam tadi mereka masih berhimpun menyebabkan kira-kira 10 pegawai dan anggota DBKl bertindak menyita dan menurunkan kain rentang itu.

"Akibatnya seorang pegawai DBKL dihalang dan dipukul peserta perhimpunan sehingga cedera di muka, tangan dan hidung.

"Kejadian ini turut menyebabkan uniform mangsa terkoyak.Sehubungan itu kita menahan enam lelaki berusia 24 hingga 45 tahun," katanya kepada pemberita pada sidang media Jumaat.

Zainol berkata, kes disiasat mengikut Seskyen 186 Kanun Keseksaan (KK) dan 353 KK.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana