DAP Sarawak keluar pakatan pembangkang Tapi Di Semenanjung Ada Berani Ker DAP Keluar?

Melihat lebih untung jika tidak bersama PAS, DAP Sarawak pada Jumaat mengumumkan keputusan sepihak iaitu untuk keluar daripada Pakatan Rakyat.
Sarawak akan mengadakan pilihanraya negeri dan PAS sering dianggap DAP sebagai 'beban' di Bumi Kenyalang itu berikutan perjuangan parti Islam tersebut.

Pengerusi DAP negeri Chong Chieng Jen berkata parti itu tidak boleh lagi bekerjasama dengan PAS selagi agenda untuk melaksanakan undang-undang hudud kekal dalam perjuangan politik parti Islam itu.

"Oleh itu, kerana PAS masih menjadi parti komponen Pakatan di Sarawak, kami telah memutuskan dan membuat keputusan yang menyakitkan untuk meninggalkan Pakatan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa DAP negeri di Kuching pagi Jumaat.

Chong berkata, keputusan itu dibuat sebulat suara oleh jawatankuasa itu dan berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata jawatankuasa negeri yang mempunyai autonomi untuk membuat apa-apa keputusan.

"Kepimpinan Pusat telah dimaklumkan dan mereka menghormati keputusan kami," kata Chong.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana