Azmin langgar AkuJanji 10 Perkara depan Sultan Selangor

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali  melanggar beberapa perkara daripada 10 ikrar Aku Janji ketika mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor.
Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, Azmin tidak mendahulukan rakyat apabila bermain tarik tali dalam isu perjanjian air, begitu juga Kidex.

"Saya ingin ingatkan, jangan main-main isu air ini kerana kalau berhari-hari bekalan air terputus, ia beri ancaman keselamatan kerana orang sanggup bergaduh atau berbunuh sebab air...negara pun boleh jadi huru-hara," katanya pada Khamis.

Aku Janji adalah sumpah taat setia yang dilafazkan Azmin depan Sultan Selangor semasa dilantik menjadi MB.

Antara 10 Akujanji itu adalah  memelihara serta menjunjung prinsip Rukun Negara; memelihara dan melindungi kesucian agama Islam serta menghormati hak agama lain; memelihara kedaulatan institusi Diraja; mematuhi segala arahan dan ketetapan oleh Sultan Selangor; memelihara kedudukan istimewa orang-orang Melayu; melaksana tugas dengan integriti tinggi; mendahulukan rakyat; memastikan kestabilan, kemakmuran dan keselamatan negeri; memelihara jawatan yang dipegang dari perkara yang menyalahi undang-undang; dan memastikan perpaduan antara kaum.

Azmin sebelum ini didakwa cuba melenyapkan legasi peninggalan bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sehingga sanggup membatalkan perjanjian air dengan Kerajaan Persekutuan dan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

 Azmin menarik semula tindakannya dalam keputusan membabitkan isu air tersebut, apabila terpaksa bersetuju dengan perjanjian yang sudah dimuktamadkan oleh Abdul Khalid sebelum meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

"Kalau ikutkan Azmin tidak mahu teruskan perjanjian air ini, tetapi beliau terpaksa bersetuju kerana rakyat sudah marah dengan tindakannya.

"Sebelum ini, rakyat memuji sikap profesional Abdul Khalid yang memuktamadkan perjanjian air demi kepentingan rakyat. Sebab, kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan ketika itu melihat isu air ini membabitkan demi masa depan negeri serta rakyatnya.

"Namun, apabila Azmin jadi Menteri Besar, tiba-tiba beliau batalkan. Malah, tindakannya lebih bermotifkan dendam politik. Sudah tentu semua orang marah, begitu juga pelabur yang keliru dengan sikap main-main Azmin ini...sekejap setuju, sekejap tidak setuju.

"Kenapa Azmin takut sangat dengan Abdul Khalid? Adakah Azmin risau kalau rakyat Selangor lebih mengingati jasa Abdul Khalid berbanding dirinya? Azmin sedar sejak ambil alih jawatan daripada Abdul Khalid, setiap tindakan serta keputusan beliau masih dibayangi oleh bekas Menteri Besar itu ," katanya Noh kepada portal selangorpost.

Menurut Ahli Parlimen Tanjung Karang itu ramai pihak turut berharap kerajaan negeri meneruskan semula pembinaan Kidex, kerana ia adalah cara terbaik untuk mengurangkan kesesakan jalan raya di sekitar kawasan tersebut, selain meningkatkan keyakinan pelabur terhadap sistem jalan raya di negeri ini.

"Tidak silap saya, sewaktu pentadbiran Abdul Khalid, beliau ada buat kajian kesan pembinaan lebuh raya ini, baik untuk alam sekitar mahu pun rakyat. Begitu juga syarat apabila konsesi sudah dapat pulangan, kadar tol mesti dikurangkan seminimum mungkin. Walaupun pemimpin PKR dan DAP marah, beliau tetap teruskan sebab tahu kebaikannya untuk tempoh lima atau 10 akan datang.

"Dalam beberapa hari lepas, Menteri Kerja Raya pun ada datang jumpa Azmin, begitu ikhlasnya Kerajaan Persekutuan untuk selesaikan isu Kidex ini. Namun, Azmin tetap ego tidak mahu ia diteruskan. Saya melihat keputusan Azmin ini banyak dipengaruhi oleh DAP, semuanya sebab politik," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana