Apakah kerjasama Pakatan di Selangor akan diteruskan....?

Berikutan dengan pendirian DAP yang memilih untuk memutuskan hubungan mereka dengan Presiden PAS, Pergerakan Pemuda UMNO Selangor mendesak PAS Selangor untuk bangkit dan menyatakan pendirian mereka mengenai kemelut ini.
Sepertimana yang kita tahu, Presiden PAS juga telah menyatakan bahawa putus hubungan dengan presiden, adalah sama dengan memutuskan hubungan dengan parti, jadi adakah kerjasama PAS dan DAP di Selangor masih mahu diteruskan di bawah payung Pakatan Rakyat.

DAP tanpa tolak ansur telah mengherdik dan merendah-rendahkan Presiden PAS, dan setelah apa yang berlaku, PAS Selangor wajib menyatakan pendirian mereka.

Adakah mereka mahu membela maruah PAS? atau mereka pilih untuk terus bersengkokol dengan pihak yang menghina mereka?

PAS Selangor tidak boleh mengambil pendekatan berkecuali, ini adalah masanya untuk mereka membuktikan samaada mereka bersama kepimpinan pusat PAS atau mereka lebih sayangkan pembentukan kuasa Pakatan Rakyat di negeri Selangor.

Pakatan Rakyat dengan kemelut yang tidak berpenghujung semakin hari semakin tidak relevan, Parti-parti di dalam Pakatan Rakyat, PAS terutamanya harus lebih segar dalam menyatakan Pendirian dan bukannya masih mahu bermain tarik tali dengan pihak-pihak lain untuk memastikan mereka masih punya tempat di dalam Pakatan Rakyat.

Zainuri Datuk Zainal
Ketua Pemuda UMNO Selangor

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana