500 Berkumpul, Sasaran Ganggu Majlis Resepsi Anak PM Tidak Kesampaian

Himpunan #KitaLawan berakhir di Jalan Ampang dengan jumlah kira-kira 500 peserta.

Pihak polis turut membenarkan peserta berhimpun di lokasi berkenaan selama 45 minit.

Tindakan pihak polis turut berjaya menggagalkan usaha penganjur yang berniat untuk mengganggu Majlis Resepsi anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.

Para peserta mula berkumpul di Pejabat Agung Pas, perkarangan Masjid Jamek, Dataran Merdeka sebelum berarak ke pusat membeli-belah Sogo.

Majlis resepsi anak kepada Perdana Menteri itu dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penganjur perhimpunan #KitaLawan tidak lagi dibenarkan untuk mengadakan sebarang perhimpunan di ibu kota.

Ini berikutan tindakan kumpulan itu bertindak agresif terhadap penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka.

Khalid berkata berkata, jika perhimpunan itu terus dijalankan, maka polis akan menangkap mereka yang terbabit.

“Penganjur yang ingin mengadakan perhimpunan perlu mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana