Undilah Lagi PR....Sah Kerajaan P.Pinang : Tiada Diskaun Beli Rumah untuk Bumiputera

GEORGETOWN 25 Feb - Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini menjelaskan ketiadaan pemberian diskaun sebanyak lima peratus bagi pembelian lot Bumiputera untuk rumah kos rendah, sederhana rendah dan mampu milik di negeri ini adalah amalan biasa kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perancangan Bandar negeri Jagdeep Singh Deo berkata, ketiadaan pemberian diskaun itu diamalkan sejak dahulu lagi dan turut dipraktikkan di semua negeri.
   
"Memang ini adalah amalan biasa, tiada diskaun itu selama ini. Jadi surat-surat yang dirujuk oleh media kepada Jabatan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah memang jelas dinyatakan tiada pemberian diskaun lima peratus itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jagdeep berkata demikian ketika diminta mengulas kesahihan surat arahan yang dikeluarkan kerajaan negeri bertarikh 23 Febrauri kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai bertajuk 'Tiada diskaun lima peratus bagi lot bumiputera untuk rumah kos rendah, sederhana rendah dan mampu milik'.
   
Beliau berkata amalan itu (tiada pemberian diskaun lima peratus) juga merupakan dasar kerajaan persekutuan.
   
Semalam Pemuda Umno Pulau Pinang menuntut penjelasan kerajaan negeri pimpinan DAP berhubung peruntukan diskaun lima peratus yang tidak diberi bagi lot rumah kos rendah, sederhana rendah dan mampu milik kepada pembeli bumiputera.

Pemuda Umno negeri mendakwa berikutan ketiadaan pemberian diskaun itu, golongan berpendapatan sederhana dan rendah tidak lagi mampu untuk memiliki rumah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana