Tuc Tok Usin Ceroi syukur Mat Sabu dan Dr Hatta akan disiasat

SHAH ALAM: Pengandali laman sosial Facebook, Tuc Tok Usin Ceroi yang bertanggungjawab mendedahkan komplot pihak tertentu untuk menjatuhkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul hadi Awang, melahirkan kesyukuran kerana pemimpin-pemimpin yang berkenaan akhirnya akan disiasat.

Dalam satu status, pengendali laman berkenaan menulis "Tok Usin keluar TV lagi sebentar tadi dan Alhamdulillah Datuk Mustafa Ali menyatakan akan menjalankan sisatan terhadap Dr Hatta Ramli (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat) dan Haji Mat Sabu (Timbalan Presiden).

"Alhamdulillah semoga ada tindakan yang adil dan sewajarnya demi menjaga keutuhan jemaah..itu yang sangat-sangat tok harapkan," tulis pengendali laman itu.

Status tersebut dikeluarkan sebagai maklum balas kepada jawapan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang memberi jaminan bahawa kedua-dua pemimpin berkenaan akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

Semalam, Mustafa juga berkata, selain Dr Hatta dan Mohamad Sabu (Mat Sabu), keterangan juga akan diambil daripada individu-individu yang membuat tuduhan terhadap kedua-dua pemimpin berkenaan.

Ujar Mustafa juga, siasatan akan mengambilkira semua sudut dan dijangka akan selesai sebelum Muktamar Tahunan PAS kali ke-61, Jun ini.

Laman Tuc Tok Usin Ceroi menjadi perhatian selepas mendedahkan satu rakaman audio yang didakwa sebagai taklimat Mat Sabu untuk menggulingkan Hadi.

Menurut laman berkenaan lagi, beberapa bukti komplot pihak tertentu untuk menggulingkan Hadi, akan didedahkan dari semasa ke semasa.

Siri pendedahan komplot terancang yang didakwa didalangi pemimpin kanan parti untuk menjatuhkan Hadi sebelum ini dilakukan oleh Ketua Pemuda PAS Kuantan, Fadhli Ibrahim.

Fadhli yang mengadakan demonstrasi aman bersama kumpulan penyokong ulama, 8 Februari lalu mengaitkan Dr Hatta sebagai dalang komplot menjatuhkan Hadi dan mendesak pemimpin itu meletakkan jawatannya.

Antarapos berjaya menghubungi Dr Hatta namun beliau enggan memberikan sebarang komen berhubung dakwaan berkenaan.

Sementara itu Mat Sabu, dalam kenyataannya hari ini berkata beliau hanya akan memberikan kenyataan kepada jawatankuasa khas (siasatan) yang dipengerusikan Hadi untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya, jika diminta berbuat demikian.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana