Tindakan Makcik Yang Berang Dengan Layanan Di Kaunter Bank, Buat 'Teller' Sombong Itu Terdiam.

                                                                 Gambar Hiasan

Post kali ini bukanlah bertujuan menyatakan yang semua kerani bank bersifat angkuh. Sebaliknya ramai lagi 'teller' bank yang mesra pelanggan dan melayan pelanggan dengan penuh sopan santun. Kisah pengajaran ini juga bukan memfokuskan sektor perbankan sahaja, malah untuk pengajaran bagi mereka yang berkhidmat di 'front line' atau pun khidmat pelanggan.

Pasti ada antara kita yang ada pengalaman berurusan dengan kaunter urusan yang biadap seperti kisah ini. Kisah ini pasti memberi pengajaran berguna bagi mereka yang berada di 'front line' ini agar tidak terlalu angkuh dan menjalankan tanggungjawab yang diberikan majikan dengan penuh etika dan jangan lah anda memandang rendah orang yang berurusan dengan anda.

Berikut merupakan kisahnya:

Seorang mak cik telah pergi ke kaunter bank untuk mengeluarkan wang sebanyak RM 500. Tetapi kemudiannya kerani di kaunter bank itu telah melontarkan kad dengan lagak yang kurang ajar kepada mak cik itu sambil berkata "kalau nak keluarkan duit kurang daripada RM5000 sila keluarkan di ATM. Kami tiada masa untuk keluarkan wang yang sedikit."

Kemudian, mak cik itu mengambil kad itu semula dan menyerahkannya kepada kerani tersebut dan berkata "Kalau macam tu keluarkan sahaja semua yang ada di dalam akaun ini."
Kerani bank itu sangat terkejut apabila mendapati di dalam akaun mak cik itu terdapat sejumlah RM 20 JUTA.

Dengan lemah lembut & penuh santun, kerani bank menyatakan mereka tidak dapat menyediakan wang sebanyak itu. Jika mahu pengeluaran sebanyak itu, perlulah membuat temujanji.
Mak cik itu kemudiannya bertanya tentang jumlah yang boleh dikeluarkan secara serta merta pada hari tersebut. Lalu kerani bank menjawab dengan amat sopan. Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah RM 300, 000 sahaja.

Mak cik itu menjawab "kalau begitu saya mahu keluarkan RM300,000 SEKARANG!!"
Dengan susah payah kerani bank mengira dan menyerahkan kepada mak cik itu. Setelah mengambil duit itu, mak cik menyerahkan semula duit sebanyak RM299, 500 kepada kerani tersebut dan berkata,
"Saya hanya memerlukan RM500 sahaja. Sila simpan semula semua duit saya ke dalam akaun saya..."

Sebenarnya, sifat angkuh dan sombong ini adalah sikap individu itu sendiri yang telah mencemarkan nama sektor tertentu. Tidak dinafikan, terdapat juga pelanggan yang sangat sombong dan berlagak ketika berurusan di kaunter khidmat pelanggan ini. Pokok pangkalnya, ia terletak pada sikap individu itu sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana