Tarbiyah PAS gagal sehingga wujud golongan penentang Hadi dan ulama

PETALING JAYA: PAS gagal mentarbiyahkan sebahagian ahlinya sehinggakan wujud golongan yang berani berpaling tadah dan menentang Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta kepimpinan ulama.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI), Datuk Aidit Ghazali berkata, jika program tarbiyah itu bersifat menyeluruh dan efektif, golongan  penentang ini tidak akan wujud dalam PAS.

"Kita lihat setakat mana keberkesanan pendidikan atau pun tarbiyah yang dilakukan PAS ke atas ahlinya selama ini. Sekiranya tarbiyah ini betul-betul berkesan, maka tidak akan berlaku tindakan-tindakan yang bersifat biadap seperti begitu.

"Sehinggakan sanggup hendak mengkhianati Presiden umpamanya, sanggup mengetepikan orang yang diletakkan sebagai Tok Guru (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), jadi saya mendapati perkara ini bahawa kita boleh mempersoalkan sistem tarbiyah pendidikan PAS dan oleh itu PAS perlu melihat semula sistem tarbiyah mereka," katanya dalam satu temubual eksklusif bersama AntaraPos.

PAS akhir-akhir ini diselubungi kontroversi kononnya berlaku pertembungan antara golongan ulama dan profesional.

Malah parti itu sebelum ini menjadi tumpuan apabila Pemuda PAS Kuantan mendedahkan beberapa nama pemimpin kanan dalam PAS sebagai mendalangi usaha untuk menggulingkan Hadi.

Bagaimanapun, pendedahan itu dianggap remeh oleh pimpinan tertinggi PAS sehinggalah program Multaqa Ulama Semalaysia II di Serdang, Selangor pada Sabtu lalu.

Multaqa itu menyaksikan golongan ulama mula bertindak garang dan membidas Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang sebelum ini didakwa ditubuhkan untuk mewujudkan ketidakpercayaan ahli PAS pada Hadi dan golongan ulama.

PAS terus bergerak pantas apabila mengarahkan Mohamad Sabu disiasat berikutan tersebarnya sebuah rakaman audio yang memaparkan suara mirip Timbalan Presiden PAS itu, yang memberi pencerahan berhubung usahanya menjernihkan keadaan disebalik kontroversi cubaan menggulingkan Hadi.

Sumber Antarapos juga memberitahu akan ada satu lagi pendedahan yang lebih besar akan dibuat, menerusi laman Facebook Tuck Tok Husin Ceroi - yang dipercayai penyokong golongan ulama dalam PAS.

Dalam pada itu, Aidit meminta agar PAS tidak angkuh untuk menerima nasihat daripada pihak luar yang bersimpati terhadap krisis dalaman parti itu.

"Supaya tidak terhasil orang luarannya PAS tetapi mungkin dalamannya sifat liberal, sekular, pluralis dan khianat dan PAS tidak boleh angkuh dan perlu belajar daripada mereka yang bukan ahli PAS tetapi sudi hendak membantu PAS sekiranya PAS tidak taksub kepada cara mereka," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana