Roadshow kes liwat Shafee : Kenapa kami perlu bimbang - TPM

Dengar cerita pimpinan Pakatan khususnya PKR cukup resah habis dengan siri penerangan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diberikan oleh ketua peguam pendakwa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Ini kerana dari maklum balas yang diperolehi dari dua penerangan yang dibuatnya - di Kelana Jaya dan Permatang Pauh,nyata mereka yang mendengarnya betul-betul faham butiran mengapa Ketua Umum PJR itu memang bersalah meliwat.

Malah ikut sumber-sumber dalaman Pakatan jika siri jelajah ini berterusan alamat semakin ramai orang sedar pembohongan mereka selama ini.

Maka segala usaha termasuk spin kononnya orang UMNO sendiri rasa siri penerangan itu tidak wajar dan backfire harus diperhebatkan.

Soalnya betulkah orang UMNO sendiri tidak setuju?

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin sendiri melihatnya ' no problem'.

Beliau sebaliknya bertanya ,"kenapa perlu kami merasa bimbang".

Menjawab soalan mengenai isu berkenaan dalam sidang akhbar selepas satu majlis di Putrajaya pagi Selasa,Muhyiddin Shafee adalah seorang pakar dalam bidangnya.

"Shafee bijak.Beliau lebih pakar dari kami semua.Kalau ada sesiapa nak jemput ( beliau bagi penerangan) terpualng padanya nak teruima atau tidak,"katanya.
Beliau menegaskan adalah menjadi hak Shafee untuk bagi penjelasan dan penerangan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana