Muhyiddin jawab dakwaan Anwar ditawar jawatan TPM...Cayalah TPM Kita

Motifnya memang jelas - nak lagakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mereka yang faham politik awal-awal sudah dapat baca bila Nurul Izzah berkokok baru-baru ini kononnya bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri selepas pilihanraya umum ke 13.

Selepas itu Setiausaha Agung PKR tidak lain tidak bukan Rafizi Ramli pula sambung berkokok tentang dakwaan itu.
Cara mereka gelembong bunyinya macam real sangat konon Najib yang buat tawaran itu dengan syarat Anwar tendang PAS dan DAP.

Belit mereka nampak sangat nak bagi Naib dan Muhyiddin gaduh dan diwaktu yang sama nak tunjuk pada PAS dan DAP betapa eratnya perpaduan Pakatan mereka.

Ini semua riuh balik disaat Pakatan terkontang kanting Anwar masuk 'ke dalam' pada 10 Februari kerana bersalah meliwat.

Lojik politiknya kalau betul bagai didakwa dimana nak letak Muhyiddin dalam percaturan itu?

Juga mana mungkin satu 'perubahan besar' begitu boleh dibuat tanpa restu dan dokongan serta kesepakatan pimpinan UMNO sendiri.

Jawabnya memang bergoncang sakan UMNO dan BN sendiri.

Sejak timbul balik dakwaan yang dinyanyikan oleh Nurul Izzah dan Rafizi itu portal dan blog pro pembangkang jenuh punya spin untuk bagi orang UMNO 'geli'.

Pagi Selasa tuan tubuh sendiri yakni Muhyiddin yang ditanya wartawan selepas satu majlis di Putrajaya mengenai dakwaan itu nampak relaks saja menjawabnya.

Katanya beliau tidak tahu menahu mengenainya kecuali selepas baca dalam akhbar.

Bagi Timbalan Perdana Menteri mereka buat dakwaan ini untuk cetuskan konflik dan perdebatan.

"Kalau DAP atau siapa saja nak buat dakwaan macam itu...biarlah...itu hak mereka,"katanya.

Beliau berharap orangramai tidak terpengaruh dan terperangkap dengan dakwaan seumpama itu.

Kata Muhyiddin ada banyak kerja lain yang perlu dibuat dari bercakaran untuk jawatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana