Mat Sabu 'ding dong' pasal audio suara komplot guling Haji Hadi

Sejak tersebar audio rakaman suara iras Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu bunyi macam komplot rancang nak guling Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang,usaha kalangan wartawan berbagai media untuk hubungi gagal.

Ramai tertanya apakah audio suara itu tulin dan kenapa Mat Sabu 'hilang' tanpa khabar berita.

Cuma pagi ini Khamis wartawna bertemu dengan beliau.Itupun di luar perkarangan mahkamah di Butterworth selepas beliau kes perbicaraan mengenai kes komunis Bukit Kepung.

Namun apa cerita tentang ketulinan audio itu masih belum dapat kepastian dari sempunya diri.

Mat Sabu 'ding dong' mengenainya bila ditanya.

"Saya tidak tahu dan saya tidak dengar lagi kerana saya berada di luar negara,"katanya.

Untuk mengelak lagi Mat Sabu kata beliau hanya akan jawab pasal audio itu kepada Jawatankuasa Siasatan PAS jika diminta.

Katanya ini kerana ia adalah hal dalaman parti.

Menurutnya setakat ini beliau belum lagi dipanggil oleh jawatankuasa itu.

Beliau juga membayangkan kemungkinan nak ambil tindakan undang-undang keatas dua akhbar arus perdana yang didakwa membocorkan audio berkenaan.

Katanya beliau serah kepada peguamnya urus hal itu.

Mengenai kedudukannya dalam parti, Mat Sabu berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada muktamar PAS dan kebijaksanaan perwakilan parti untuk membuat keputusan

Muktamar PAS dimana pemilihan jawatan parti dijadual berlangsung Jun ini.

Spekulasi hangat berlegar mengatakan kemungkinan besar Mat Sabu akan 'langgar' Haji Hadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana