Dr. Mashitah : Amalan nepotisme segar dalam PKR...Nyata Dan Jelas

Mitos yang mengatakan amalan demokrasi "subur" didalam PKR hanyalah merupakan satu pembohongan yang nyata apabila umum mengetahui bahawa Anwar Ibrahim, walaupun kini didalam penjara sedang cuba dengan sedaya upanya untuk memastikan isteri beliau, Datuk Seri Wan Azizah dilantik sebagai Ketua Pembangkang, dan anak beliau Nurul Nuha pula dipilih sebagai calon bertanding di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Menurut Datul Dr. Mashitah Ibrahim;

DALAM wawancara dengan BBC sekitar 2005, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap prinsip demokrasi, gerakan reformasi, keadilan, ketelusan dan keterbukaan. Seperti dijangka, jawapannya retorik dan sudah diulang banyak kali dalam banyak wawancara lain. Apabila ditanya tentang amalan kronisme dan nepotisme dalam PKR, termasuk meletakkan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 2004, Anwar cuba mengelak dan memberi jawapan agak kabur. “That’s a close relationship, wouldn’t you say? You put your wife there and you say there’s no nepotism?” tanya Stephen Sakur, pengacara rancangan Hardtalk.

Satu dekad kemudian, reformasi yang dilaung-laungkan masih tidak berlaku. Keadaan dalaman parti belum berubah kerana amalan nepotisme masih segar dalam PKR. Perjuangan parti ini tetap berkisar pada agenda peribadi Anwar serta kepentingan keluarga dan sahabat rapatnya. Dilaporkan bahawa Wan Azizah sekali lagi dipertimbang untuk dicalonkan bagi mempertahan kerusi Parlimen Permatang Pauh, yang dikosongkan secara undang-undang kerana Anwar hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen pada 10 Februari lalu. Wan Azizah pernah mengosongkan kerusi ini kononnya untuk menjaga cucu dan memberi laluan kepada Anwar bertanding kerusi sama, seterusnya menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang. Selain Wan Azizah, anaknya Nurul Nuha juga disebut-sebut sebagai bakal calon.

Bukankah benar apa yang dikatakan diatas? Umum ketahui bahawa PKR merupakan parti anak-beranak apabila keluarga Anwar Ibrahim sendiri telah diberi banyak keistimewaan dalam parti seperti bertanding di Parlimen Permatang Pauh, Parlimen Lembah Pantai, dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. Bukan sahaja itu, dalam PKR juga isteri Anwar adalah Presiden, anak pula Naib Presiden dan sudah semestinya Anwar sebagai Ketua Umum.

Jadi bagi mereka yang menyokong PKR dan melaungkan demokrasi dan membidas kerajaan kerana kononya mengamalkan sikap "nepotisme" , eloklah mereka membaca artikel yang ditulis oleh Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan fahami betul-betul isi kandungan artikel tersebut. Malah kini bukan sahaja rakyat biasa, malah ahli PKR dan PAS juga semakin meluat dan menyampah dengan apa yang dilakukan oleh Anwar dan keluarganya didalam PKR.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana