DAP DAN PASMA SETUJU MAT SABU GANTI HADI AWANG PRESIDEN PAS

DAP dan PASMA bersetuju Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu diangkat Presiden parti itu yang baru.

Selain bertegas menolak perundangan Hudud yang dibawa PAS, DAP yakin Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berjaya ditumbangkan sebagai Presiden PAS dalam pemilihan parti itu tahun ini.

Perkara itu menjadi intipati penting kepada satu perbincangan sulit antara kepimpinan PASMA dan Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang di KOMTAR, Pulau Pinang pada 12 Januari yang lalu.

Berdasarkan sumber yang kukuh dan boleh dipercayai, Terengganu Daily mendedahkan kepada umum perancangan DAP yang bukan sahaja mahu meruntuhkan politik PAS, malah merancang untuk mengemudi kuasa politik tanah air daripada Melayu Islam yang kini masih dipegang oleh UMNO-BN.

PASMA diketuai Presidennya, Dato’ Ir. Phahrolrazi Zawawi dalam pertemuan kira-kira pukul 11 pagi.

Selain Guan Eng, DAP diwakili Dr. P. Ramasamy, Chow Kon Yeow, Jeff Ooi, Lim Hock Seng, Zairil Khir Johari, Ong Ah Teong, Harvinder Singh, Ng Wik Aik dan Chong Eng.

PASMA pula disertai Nasir Ahmad, Taib Zakaria, Dzulqarnain, Rahman Taib, Hazmi Hassan, Sayuti Omar, Mohd Yusof Mohd Noor, Zolkifly Md Lazim, Nordin Majid, Taib Ahmad, Yusni Mat Piah, Muhaimin Sulam, Yacob Ali dan Roshidi Husin.

Dalam pertemuan sulit itu, Phahrolrazi memberi jaminan kepada Guan Eng bahawa PASMA akan membantu DAP dalam pelbagai urusan yang diminta oleh parti itu.

PASMA memberi komitmen 100% untuk pastikan Presiden PAS ditumbangkan dalam pemilihan PAS tahun ini serta membantu DAP di Sarawak terutamanya di kawasan majoriti Islam.

PASMA memohon kepada Guan Eng supaya semua jawatan Pengerusi JKKN, ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) diberikan kepada ahli PAS yang menyokong PASMA.

Guan Eng dalam reaksinya menyatakan, Kerajaan DAP Pulau Pinang telah melantik ahli majlis MPPP dan MPSP dikalangan ahli PASMA dan berjanji semua jawatan Pengerusi JKKN kuota PAS akan diberikan kepada PASMA.

Dengan keputusan itu, PASMA lebih dipercayai dan diberi kelebihan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang berbanding PAS sesuai dengan peranan PAS sebagai ‘parti tukang angguk’

Guan Eng juga berharap Hadi Awang dan golongan ulama ditumbangkan dalam pemilihan PAS sekali gus meletakkan PASMA sebagai peneraju PAS yang baru.

Guan Eng juga mahu PASMA membantu DAP di Sarawak bermula Februari dan segala perbelanjaan dibiayai oleh DAP.

DAP juga mahu PASMA memberi tumpuan khas kepada kawasan FELDA di Johor dalam usaha menawan negeri itu.

‘Task Force’ bagaimana Lim Kit Siang menang besar menewaskan BN di Parlimen Gelang Patah dijadikan modul kepada jentera DAP dan PASMA untuk menawan Johor.

Johor yang dikatakan kubu kust UMNO adalah sasaran untuk ditawan DAP pada PRU 14.

Perkara itu boleh dicapai kerana DAP Pulau Pinang mempunyai banyak wang sebagaimana yang didedahkan oleh bekas pakar strategi Melayu DAP, Razali sebelum PRU 13.

DAP akan memberi peruntukan sebanyak RM2 juta setahun kepada PASMA dimana RM500 ribu diagihkan setiap 3 bulan.

PASMA dan DAP turut merangka strategi bersama untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak dan PRU 14.

Inilah seni politik halus yang sedang dimainkan DAP. Menggunakan Melayu Islam iaitu PASMA untuk meruntuhkan kuasa politik Melayu Islam itu sendiri. -Sumber Terengganu Daily

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana