Biadap Dan Bodoh.....NGO Bersih, Suaram lancar kempen singkir ketua polis

Macam lah NGO ini Mak Bapak yang punya tidak undang undang dan sesuka hati nak suruh singkir Ketua polis Negara.Inilah dikatakan BANGANG...cuba kelompok ini dapat memerintah negara?

SHAH ALAM: Bersih 2.0 dan kumpulan hak asasi Suaram kini bergabung tenaga untuk berkempen menyingkir Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar dari jawatannya kerana didakwa menyekat kebebasan bersuara dengan menangkap ahli politik pembangkang dan aktivis.

Ketika mengumumkan kempen itu hari ini, kedua-dua kumpulan berkata, mereka berusaha ke arah memaksa KPN meletakkan jawatan dan ia termasuk mengadakan perhimpunan aman, lapor The Malaysian Insider.

Sebagai permulaan, perhimpunan itu akan diadakan setiap Sabtu di luar pusat beli-belah Sogo di Kuala Lumpur, sesuai dengan hak kebebasan bersuara dengan menuntut KPN meletakkan jawatan, kata mereka.

“Bagi mendapatkan peletakan jawatannya, kami akan mengusahakannya sama ada melalui petisyen atau mengadakan pertemuan dengan menteri dalam negeri dan membentangkan kes kami,” kata Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.

Aktivis Bersih Hishamuddin Rais berkata, bantahan di luar Sogo akan diadakan setiap minggu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana