UMNO sumbang RM40 juta untuk 50,000 keluarga terjejas banjir - PM

KUALA KRAI: Datuk Seri Najib Razak berkata Biro Kebajikan UMNO memperuntukkan RM40 juta untuk diagihkan kepada 50,000 mangsa banjir di Kelantan.

Perdana Menteri berkata menerusi peruntukan itu, 11 jenis barang keperluan diagihkan kepada mangsa banjir.

Selain itu, Najib yang melancarkan projek binaan rumah kekal di Manek Urai berkata, dua model binaan membabitkan rumah atas tanah dan rumah atas tiang setinggi 2.4 meter dengan kedua-duanya berkeluasan 61.35 meter persegi (660 kaki persegi) serta memerlukan masa pembinaan dalam tempoh maksimum 75 hari.

Rumah itu dilengkapi tiga bilik tidur, ruang makan, ruang tamu, dapur, tandas dan bilik mandi dengan kos keseluruhan RM48,000 untuk seunit rumah tidak termasuk infrastruktur tambahan.

Beliau berkata demikian berucap di hadapan lebih 5,000 orang di Majlis Penyampaian Bantuan Pasca Banjir di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana