Tunku Aziz setuju PAS label DAP....CELUPAR DAN CAKAP SEPARUH BENAR

SHAH ALAM: Seorang bekas tokoh DAP hari ini bersetuju Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali melabel rakan sejawatnya dari DAP Lim Guan Eng sebagai bermulut celupar dan tidak jujur.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, ini adalah muka DAP yang sebenar, “pandai berpusing-pusing dan belit-membelit."

"Saya bersetuju sangat dengan apa yang Datuk Mustafa Ali katakan itu. Apa yang dikatanya (Mustafa) itu benar. Siapa yang biasa bekerjasama dengan DAP atau di dalam DAP, saya rasa semua bersetuju dengan apa yang Datuk (Mustafa) kata itu. Inilah muka DAP yang betul… pandai pusing-memusing dan belit-membelit," katanya kepada Antarapos.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas pusingan terbaru pertelingkahan di antara dua parti sekutu dalam Pakatan Rakyat itu.

Terbaru pertelingkahan berhubung pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diperjuangkan oleh DAP.

PAS sebelum ini mendakwa pilihan raya itu tidak relevan dan boleh mencetuskan peristiwa 13 Mei kerana ia akan memberi manfaat hanya kepada satu kaum sahaja.

Semalam, Mustafa melabelkan Guan Eng sebagai bermulut celupar dan tidak jujur dalam kenyataan berhubung isu pilihan raya PBT.

Mengulas lebih lanjut, ujar Tunku Aziz lagi, kenyataan Mustafa semalam jelas menggambarkan bahawa PAS sememangnya sudah hilang sabar dengan DAP yang dilihat cuba melakukan serangan terhadap parti Islam itu secara terang-terangan, sejak kebelakangan ini.

"Tetapi sekarang (PAS) sudah tidak tahan lagi sebab (DAP) dah melampau. Jadi pandangan saya, bila jadi sampai begini, piring dah retak, dan sudah mahu pecah. Tapi sebelum itu, kena la ada maruah sedikit. PAS keluar lah, tak payah tunggu orang tendang," ujarnya.

Isu PBT itu yang disifatkan sebagai salah satu serangan DAP terhadap PAS, kata Tunku Aziz, adalah matlamat jangka panjang parti itu untuk menempatkan lebih ramai pemimpinnya dalam pentadbiran di peringkat kerajaan tempatan.

"Isyarat sudah cukup kuat.. Apa lagi kita tunggu.. Kalau keluar (Pakatan), PAS tak perlu takut. Orang Melayu mesti sokong.. Orang Melayu orang Islam, takkan nak (sabotaj) PAS," katanya.

Tunku Aziz merupakan pemimpin paling kanan Melayu dalam DAP, telah meletak jawatannya sebagai naib pengerusi dan keluar parti pada Mei 2012 ekoran perbezaan pandangan dengan pemimpin-pemimpin tertinggi lain dalam parti itu berhubung isu perhimpunan Bersih 3.0.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana