Tiada lagi keikhlasan dalam hubungan PKR, DAP dan PAS?

Teruk Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dihentam oleh pemimpin-pemimpin DAP mengenai kenyataan beliau bahawa agenda DAP untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan (PBT) boleh menyebabkan ketegangan kaum.

PKR turut cepat melatah apabila Timbalan Presidennya Azmin Ali berkata, Majlis Presiden Pakatan Rakyat harus bermesyuarat untuk menyelesaikan kemelut terbaru DAP-PAS itu.

Azmin yang juga Menteri Besar Selangor menyimpang daripada isu yang lebih mendesak iaitu mengatur strategi untuk meyakinkan PAS dan DAP kembali ke meja mesyuarat untuk mencari jalan damai.

Majlis Presiden Pakatan Rakyat sudah tidak mengadakan mesyuarat untuk lebih tujuh bulan – satu rekod baru untuk sebuah entiti yang mencanang diri sebagai kerajaan alternatif yang menunggu masa mengambil alih Putrajaya.

Perbalahan terbuka DAP-PAS yang berpaksi kepada ketegasan PAS melaksanakan hudud di Kelantan nampaknya sudah tidak boleh dirungkai lagi.

PAS makin jauh hati

Rasa tidak percaya PAS terhadap pimpinan PKR terutama sekali terhadap Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan seolah-olah masih membara.


Ramai yang melihat isu pilihan raya PBT yang dibawa oleh Hadi hanya bertujuan mendedahkan sifat “talam dua muka” atau hipokrit DAP.

Umum memang  sedar bahawa parti pimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu membawa agenda pilihan raya PBT kerana mempunyai agenda tersembunyi. Ia berdasarkan hakikat bahawa isu PBT ini bukan sebahagian daripada agenda persetujuan Pakatan Rakyat.

Namun dalam nafas yang sama, DAP “mencincang” PAS, khususnya Hadi,  di forum-forum terbuka kerana mendakwa hudud yang diperjuangkan PAS bukan sebahagian agenda Pakatan Rakyat.

Percanggahan yang didedahkan oleh Hadi (yakni hakikat “dua wajah” berbeza DAP) bagaimanapun tidak mengundang sebarang kritikan atau teguran daripada PKR.

Sebaliknya segelintir pemimpin PKR dan DAP bersekongkol pula menyindir dan ada yang menuduh Hadi dan PAS sebagai “perosak di dalam Pakatan Rakyat”.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana