Tembongkar Isuuu....PAS bincang laksana Hudud di pejabat DAP pada tahun 2012 dedah Takiyuddin

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng 'kantoi' berbohong lagi selepas Ahli Parlimen PAS Kota Bharu Datuk Takiyudin Hassan mendedahkan PAS dan DAP ada berbincang mengenai perlaksanaan Hudud di Kelantan pada tahun 2012.
Ketua menteri Pulau pinang itu sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa kedua-dua parti tersebut tidak pernah mengadakan perbincangan tentang perlaksanaan hukum hudud di negeri Kelantan.

Menurut Takiyuddin yang juga merupakan Penolong Setiausaha Agung PAS, perbincangan rasmi mengenai perkara itu pada tahun 2012 yang turut dihadiri pemimpin tertinggi DAP seperti Penasihatnya, Lim Kit Siang, mendiang Karpal Singh dan beberapa lagi pemimpin lain.

Pendedahan Takiyudin itu dibuat berikutan kenyataan Guan Eng sebelum ini yang menuduh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung parti itu, Mustafa Ali tidak jujur berhubung isu perlaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Saya hendak sebut di sini, dia (Guan Eng) pernah kata PAS tidak pernah bincang mengenai hudud dengan DAP. Padahal pada tahun 2012 iaitu sebelum Pi­lihan Raya Umum Ke-13 telah ada perbincangan mengenainya (hudud) yang bertempat di pe­jabat DAP di Kuala Lumpur.

“Ia telah dihadiri semua pemimpin tertinggi DAP termasuk Kit Siang, Karpal dan dari Kerajaan PAS Kelantan pula diwakili saya, Datuk Mohd. Amar Abdullah (Timbalan Menteri Besar), Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri ) dan Mustafa sendiri.

“Tuduhan Guan Eng bahawa Pas tidak pernah bincang dengan DAP mengenai hudud adalah tidak betul. Saya sebagai Ahli Parlimen juga telah beri penerangan mengenai undang-undang ini kepada Ahli Parlimen DAP,” katanya.

Guan Eng yang sejak akhir-akhir ini terus menyerang PAS termasuk terbaharu berhubung isu perlaksanaan pilihan raya PBT.

Antaranya kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam sebuah portal propembangkang yang mendakwa beliau telah menghubungi Abdul Hadi dan Mustafa untuk berbincang tentang perlaksanaan pilihan raya PBT sebelum memulakan kempen undi di Pulau Pinang.

Kenyataan Guan Eng itu sekali gus telah mengundang ketegangan antara kedua-dua parti itu apabila semalam Mustafa melepaskan geram dengan mencabar Guan Eng bersemuka sambil menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai seorang bermulut celupar kerana mengeluarkan kenyataan tidak betul.

Sementara itu, Takiyudin menyokong penuh kenyataan Mustafa yang menyifatkan Guan Eng sebagai seorang bermulut celupar sambil mengharapkan ia akan memberi ke­sedaran kepada pemimpin DAP itu.

“Kenyataan itu adalah adil apabila Setiausaha Agung DAP itu terus menyerang Pas. Itulah reaksi sewajarnya,” katanya seperti yang dilaporkan Utusan.

Dalam pada itu, Takiyudin berkata, PAS tetap akan tetap melaksanakan hudud di Kelantan walaupun mendapat tentangan hebat daripada DAP.

“Mereka tidak setuju, dia perlu hormati PAS. Enakmen ini sudah ada sejak tahun 1993 lagi sebelum wujudnya pakatan pembangkang pada tahun 2008,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana