Sirul: PAS Memperalatkan Ibunya Untuk Tujuan Politik

KES pembunuhan Altantunya dah selesai, semua orang tahu.  Dua tertuduh yang didakwa atas kesalahan tersebut juga sudah dijatuhkan hukuman, cuma seorang melarikan diri ke Australia dimana usaha sedang dilakuka untuk membawanya pulang.

Oleh yang demikian, kita tak faham kenapa PAS masih cuba ‘menghidupkan’ semula kes tersebut dengan memperalatkan ibu salah seorang pesalah dalam kes tersebut bila segalanya sudah boleh dianggap selesai?

Pesalah berkenaan, Sirul sendiri di Mahkamah pun mengaku tak di arah sesiapa dalam kejadian yang membawa kepada kematian Altantunya, dengan apa cara pula satu keterangan cakap dengar (hearsay) oleh ibunya boleh menjadikan semua ini berubah?

Jelasnya, tidak ada apa yang akan berubah – dari segi undang-undang. Tapi beza pula ceritanya dari segi politik.  Dalam politik tidak ada hakim, tidak ada peguam, tidak ada pendakwaraya, yang ada hanyalah apa yang aku nak percaya sahaja.

Samalah macam segala karut marut mengenai Nik Aziz yang sedang disebarkan sekarang.  Logiknya siapa nak percaya orang tua dalam usia 84 tahun, kena kanser tahap 4 (dah merebak ke otak), tapi boleh mintak sembahyang tahajud, subuh dan sebagainya?

Tak masuk akal, tapi sebab politik, siapa nak percaya dia akan percaya juga.

Serupalah dalam kes yang ini.  Hakikatnya, PAS sedang cari jalan bagaimana untuk alihkan isu peperangan dalaman antara PAS-DAP, PAS-PasMA, PAS-PKR, PAS(Ulama)-PAS(Liberal) dari perhatian rakyat.

Situasi di antara mereka semakin parah, jadi sesuatu yang magikal perlu dicari untuk mengalihkan perhatian rakyat dari bercakap tentang perkara tersebut.

Dan satu kenyataan dari ibu Sirul dalam Sinar Harian minggu lepas, dijadikan tonik oleh PAS untuk bernyawa dengan memperalatkan orang tua itu untuk kelangsungan politiknya.

Yang penting dihujungnya, PAS akan tinggal satu tanda tanya – pembunuhan Altatunya ini diarahkan seseorang.  PAS tak akan sebut siapa orang tu, tapi macainya pasti akan tuju pada Perdana Menteri.  Bagaimana dan macam mana, itu faham sendiri sajalah permainan politik mereka.

Rakyat diminta jangan tertipu atau masuk dalam perangkap mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana