Siapa Tak Kenal MP Khalid Samad Main Agama Untuk Politik...PERKASA Belasah Kaw Kaw

Kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang mahu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Majlis Fatwa Negeri Selangor menyiasat kononnya idelogi Perkasa adalah bercanggah dengan nilai dan ajaran Islam susulan penglibatan dalam bantahan projek Datum Jelatek menunjukkan kedangkalan ahli politik itu yang gagal memahami isu sebenar yang dihadapi rakyat khususnya orang Melayu di negeri ini.

Kenyataan Khalid Samad itu jelas tidak berasas sama sekali selain menunjukkan sikap sebenar beliau yang sanggup mempergunakan agama dengan memberikan gambaran salah terhadap Perkasa dengan label seperti pelampau dan sebagainya.

Kenyataan Khalid Samad ini jelas bermotifkan politik yang seolah-olah beliau menutup isu bantahan rakyat terhadap projek Datum Jelatek yang sebenarnya tidak memberikan keuntungan kepada orang Melayu.

Kehadiran Perkasa dalam perhimpunan membantah projek itu baru-baru ini adalah tanda sokongan dan solidariti terhadap nasib para penduduk Taman Keramat yang terhimpit di sebalik pembangunan tersebut yang mana mengikut cadangan asalnya, tapak tanah Flat PKNS Jelatek yang mereka diduduki mereka sebelum ini dirancang untuk pembangunan semula kawasan berkenaan termasuk pembinaan rumah mampu milik.

Sebaliknya, apabila pakatan memgambilalih tampuk kuasa kerajaan negeri, mereka menukarkannya dengan projek mewah Datum Jelatek dengan menawarkan pampasan yang lumayan kepada penduduk di antara RM200,000 hingga RM400,000.

Perlu diingat bahawa  bantahan penduduk itu dibuat kerana mereka menuntut untuk kekal di kawasan mereka diami sebelum ini selain meminta kerajaan negeri menyediakan rumah mampu milik.

Mereka tidak mampu untuk membeli unit kediaman di Datum Jelatek kerana harga yang terlalu tinggi di antara RM700,000 hingga 11.5 juta.

Sebagai sebuah NGO yang berasaskan kepada mempertahankan prinsip Perlembagaan Persekutuan, maka sudah tentunya Perkasa tampil serta bangkit membela apa juga perkara melibatkan hal-ehwal Islam, orang Melayu, kedudukan raja-raja, bahasa dan apa juga perkara yang terkandung dalam Perlembagaan.

Justeru, sikap yang ditunjukkan oleh Khalid Samad menerusi kenyataanya itu seolah-olah memperjelaskan beliau sebagai ahli politik opportunis yang sanggup menggunakan apa sahaja hatta hukum serta hadis Rasulullah SAW bagi menjustifikasikan  agenda dan kepentingan politiknya.

Jika sebelum ini Khalid Samad lantang mengkritik JAIS dan MAIS berhubung isu melibatkan pentadbiran agama Islam di Selangor, hari ini beliau menggesa MAIS dan JAIS mengambil tindakan kepada Perkasa?. Bagaimana pula dengan tindakan beliau sebelum ini yang sebelum ini mengundang kemurkaan baginda Sultan Selangor?

Khalid Samad tidak usah menyalahkan pihak lain, apatah lagi memburuk-burukkan Perkasa dengan tohmahan murahan seperti itu. Perbetulkan diri dahulu sebelum membetulkan orang lain.

Pada masa sama, Perkasa menuntut Khalid Samad supaya mengemukakan permohonan maaf secara terbuka atas kenyataan fitnah tersebut. Kegagalan beliau berbuat demikian akan disusuli dengan tindakan undang-undang.

ABU BAKAR YAHYA
YANG DIPERTUA PERKASA SELANGOR

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana