Pasma hairan kenapa sering diserang PAS...Sebabnya PasMa BARUA DAP

SHAH ALAM: Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata beliau tidak tahu mengapa Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara tiba-tiba 'mempersilakan' Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) itu keluar daripada PAS.

Pahrolrazi juga berkata beliau hairan mengapa presiden PAS itu dan beberapa pemimpin parti itu sering menyerang Pasma, walhal ia bukanlah sebuah parti politik.

"Sebenarnya dah lama kan Hadi pernah cakap (serangam pada Pasma) sebelum ini, sekarang dia ulang lagi. Saya pun tidak pasti kenapa," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.

Hadi menerusi laman Facebooknya semalam berkata “Pasma ini ibarat mereka yang menebuk kapal. Kalau rasa payah sangat pergilah ke bahtera lain yang kamu suka, yang kamu rasakan lebih cepat sampai ke destinasi.

“Pergilah ke kapal DAP, kapal Parti Keadilan Rakyat (PKR), kalau nak cepat lagi ke Putrajaya pergilah ke bahtera Umno,” kata Hadi dipetik sebagai berkata.

Pahrolrazi buat kesekian kalinya menegaskan Pasma bukan parti politik dan NGO itu tidak lagi menjemput ahli PAS untuk sebarang program anjurannya selepas diberi amaran oleh PAS baru-baru ini.

"Kita ini NGO luar daripada PAS. Kita tidak berada dalam PAS. NGO ini juga menyokong gabungan Pakatan Rakyat bukan sokong parti PAS sahaja," tambahnya.

PAS sebelum itu berkata akan memantau pergerakan Pasma dan melarang ahlinya daripada menyertai atau melibatkan diri dengan apa sahaja program Pasma.

Bagaimanapun PAS tidak menyatakan sebarang pandangan bersabit NGO itu sendiri.

Pahrolrazi yang juga ADUN Pengkalan Kundor sekali lagi menegaskan biarpun Pasma diserang, beliau akan memastikan NGO itu tetap berjalan dan menyokong gabungan Pakatan Rakyat (PR).

"Kita terus sebagai NGO sebab ada setengah yang menyertai NGO ini sebab tidak berminat dengan parti politik. macam saya sendiri... saya masih lagi ahli PAS, masih ADUN, jadi akan kekal begitulah," tambah beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana