PAS kena sedar kejayaan Anwar dalam Pakatan Rakyat....Jangan Angkat Bakul Sendiri Lah

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyanggah dakwaan PAS bahawa ketiadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam Pakatan Rakyat (PR) sekiranya dihukum penjara akan lebih memperkukuhkan gabungan itu.

Menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebagai satu pandangan peribadinya, Shamsul yakin kewujudan Ketua Umum PKR selama ini sebenarnya membawa impak yang besar kepada PR.

"Saya yakin bahawa sekiranya Anwar berada di luar (tidak dipenjarakan), sudah tentu beliau akan memainkan peranan yang jauh lebih signifikan. Dan cara kepimpinannya sudah terbukti semenjak Pilihan Raya Umum ke-12, apabila PR ditubuhkan secara rasmi, dimana dengan kepimpinan Anwar dan dorongan kefahaman dari DAP dan PAS menyebabkan PR berjaya.

"Kita yakin Anwar tidak bersalah dalam Kes Liwat II ini atas pelbagai alasan, seperti kualiti bukti, soal cukup atau tidak bukti yang diberikan dan kaitan bukti itu dengan tertuduh. Sedangkan selama ini hujah pasukan peguam bela pun menyatakan bukti tidak mencukupi dan tidak kuat serta tiada kaitan dengan Anwar," katanya yang ditemui Antarapos selepas sidang media PKR, di ibu pejabatnya pagi tadi.

Terdahulu Mustafa menyatakan keyakinannya bahawa gabungan tiga parti itu akan menjadi lebih kukuh sekiranya Anwar dipenjarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Beliau mengasaskan keyakinan itu kepada hakikat Barisan Alternatif yang menjadi pemangkin kepada penubuhan PR,  dibentuk ketika Anwar dipenjara pada 1999.

Namun pandangan Mustafa itu ditempelak oleh bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dengan mendakwa parti Islam itu berada dalam sindrom penafian keranan enggan mengakui peranan yang dimainkan Anwar selama ini.

Jelasnya lagi, bukti betapa pentingnya Anwar adalah apabila Barisan Alternatif (BA) tidak mampu diselamatkan dan isu negara Islam akhirnya menyebabkan perpecahan.

Saifuddin dalam masa sama juga membangkitkan prestasi parti pembangkang ketika itu yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya menang besar di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana