Mustafa Ali mohon maaf kepada Anwar...Kelakar Betul PAS ni Sorang

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim jika ketua pembangkang itu tersinggung ekoran apa yang didakwa beliau sebagai “satu salah faham” susulan sidang media yang diadakannya semalam.

"Akibat silap lapor, ia menimbulkan persepsi seperti itu dan jika ia menyebabkan Anwar tersinggung, saya mohon maaf walaupun saya yakin Anwar sangat memahami saya," kata Mustafa dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan berita bertajuk "Pakatan lebih kukuh jika Anwar dipenjara, kata PAS" berdasarkan sidang media Mustafa di ibu pejabat parti.

Dalam laporan itu dinyatakan, PAS menyifatkan sekiranya Anwar gagal dalam rayuan kes Liwat II dan dihumbankan ke penjara, hubungan Pakatan Rakyat (PR) akan menjadi lebih kukuh.
Mustafa berkata, semasa penubuhan Barisan Alternatif (BA) sebelum tertubuhnya PR, Anwar ketika itu berada di penjara dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mengetuai PKR.

“Itu bukan sebab (PR berpecah), (malah) lagi kukuh PR. Sebab kita kena bertanggungjawab meneruskan.

“Waktu kita tubuh BA dulu pun Anwar masih di dalam (penjara) tetapi masih jalan,” katanya sebagaimana dilaporkan semalam.

Hari ini, Mustafa berterima kasih kepada kenyataan Datuk Saifudin Nasution Ismail yang menyedarkannya terdapat laporan yang dibuat berdasarkan salah faham terhadap kenyataannya.

"Saya tidak pernah mendoakan Anwar masuk penjara. Yang saya doa ialah keadilan dapat ditegakkan di bumi Malaysia ini," kata Mustafa.

Beliau juga berkata, tidak pernah ada niat untuk menafikan peranan dan pengorbanan Anwar dalam memperkukuhkan PR.

"Apa yang saya sebut ialah, apa yang berlaku selama ini yang sewaktu Anwar masih dalam tahanan, yang mengendalikan PKR ialah Kak Wan dan pimpinan lain," kata Mustafa, merujuk Dr Wan Azizah.

Bagi Mustafa, Saifudin sebagai bekas setiausaha agung PKR perlu memahami apa yang tersirat dalam hal ini.

Antaranya, ini termasuk pengorbanan seorang pemimpin dan ketidakadilan yang berlaku ke atas seseorang pemimpin boleh menyemarakkan perjuangan sebagaimana yang berlaku kepada Anwar pada hujung tahun 90an dahulu.

Ia melahirkan parti Keadilan, BA dan semarakkan perjuangan menentang Barisan Nasional.

"Bukan bererti kita kena musibah maka kita akan jadi menjadi lemah," kata Mustafa.

Sebab itu, katanya, kalau ada persepsi yang menunjukkan beliau setuju Anwar dimasukkan ke dalam penjara, ia tidak benar.

"Saya harap persepsi sebegitu dapat dipadamkan," kata Mustafa.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mustafa-mohon-maaf-kepada-anwar-ia-hanya-salah-persepsi#sthash.jEujc1H7.QbTDoEzO.dpuf

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana