Mangsa banjir lega PM tunai janji bina rumah baru...Inilah dikatakan Janji Ditepati

KUALA KRAI: Tertunai sudah permintaan mangsa banjir di Manek Urai Lama apabila kerajaan Persekutuan mengotakan janji membina rumah baharu untuk mereka bermula hari ini.

Seorang penduduk, Sharifah Juriah Syed Hashim, 44, bersyukur kerana kerajaan cepat membina semula kediaman untuk mangsa bencana itu bagi membolehkan penduduk menjalani kehidupan seperti biasa dan tidak lagi terdedah kepada bahaya bencana.


"Saya risau sangat dengan keadaan sekarang ini dengan anak-anak masih kecil tak ada tempat tinggal (yang sempurna)... Bersyukur sangat-sangat bila dapat (bantuan rumah) dan terima kasihlah kepada Datuk Najib," kata Rohani ketika ditemui pemberita pada program tinjauan mesra Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Manek Urai Lama di sini.

Perdana Menteri hari ini melancarkan pembinaan 138 rumah kekal jenis binaan di atas tiang setinggi lapan kaki dari aras tanah bagi mangsa banjir yang kehilangan rumah di Manek Urai Lama di sini.

Pada program berkenaan, Najib turut meninjau pembinaan rumah kekal di atas tiang setinggi lapan kaki (2.4 meter) untuk lima mangsa banjir serta menyerahkan wang ihsan kepada lima penerima daripada kawasan berkenaan.

Rumah kekal berkeluasan 1,300 kaki persegi yang berharga RM48,000, diperbuat daripada konkrit dan mempunyai tiga bilik tidur, satu ruang tamu, satu ruang makan, satu bilik air dan sebuah tandas.

Selain itu, kerajaan juga bersetuju untuk menanggung kos baik pulih rumah mangsa banjir yang rosak di semua negeri terjejas banjir dengan peruntukan antara RM5,000 hingga RM10,000 mengikut kadar kerosakan.

Najib, dalam perutusan khas berhubung perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara baru-baru ini, antara lain berkata peruntukan tambahan RM500 juta disediakan sebagai bantuan permulaan untuk kerja baik pulih dan program kebajikan mangsa banjir di negeri yang terlibat banjir.

Ia sebagai tambahan kepada tabung Majlis Keselamatan Negara, menjadikan jumlah keseluruhan RM787 juta.

Sementara itu, seorang lagi penerima Che Din Che Awang, 56, berkata beliau melihat sendiri rumahnya yang diperbuat daripada papan, dihanyutkan air deras banjir pada hari ketiga bencana itu berlaku.

"Perasaan saya masa itu (rumah dihanyutkan) memang sedih. Tengok keadaan rumah tidak ada tapi apapun saya redhalah.

Malah, beliau berkata jika tidak mendapat bantuan kerajaan persekutuan mungkin keluarganya akan tinggal lebih lama lagi didalam khemah yang disumbang badan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini.

"Kalau tak dapat bantuan daripada kerajaan ini mungkin lama lagi baru saya dapat buat rumah, mungkin makan masa dua hingga tiga tahun lagi dengan kehidupan sebegini...mata pencarian pun tak seberapa memang akan ambil masa lama.

Bagaimanapun, beliau redha dengan apa yang berlaku kerana semuanya ketentuan Ilahi.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Pusat pimpinan Perdana Menteri. Saya sangat gembira dengan pengumuman Datuk Seri Najib yang begitu prihatin dengan nasib yang menimpa kami khususnya di Manek Urai Lama ini

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana