Lelaki berlari dengan najis sepanjang 14 kilometer...

SWEDEN: Pada 2008 seorang lelaki mencuri tumpuan apabila  berlari dengan membawa najisnya sendiri sepanjang 14 kilometer ketika menyertai perlumbaan marathon.

Ketika itu Mikael Ekvall hanya mendapat tempat ke 21, biarpun langsung tidak berhenti untuk membuang air besar.

Selepas setahun tragedi itu, Ekvall menyertai perlumbaan marathon sekali lagi dan mendapat tempat ke-9.

Beliau juga mencipta juga mencipta rekod Sweden pada larian separuh marathon di Copenhagen pada tahun 2014, dan mewakili Sweden di Kejohanan Atlet Eropah.

Mengimbas kembali Ekvall berkata ketika perlumbaan marathon yang menyaksikan beliau berlari sambil membawa najis sendiri, dirinya mengambil keputusan untuk terus berlari kerana tidak mahu menggangu rentak lariannya.

“Saya tak boleh berhenti, kerana ini akan menyebabkan saya kehilangan masa. Lagipun, dalam marathon, sekali anda berhenti dalam larian, ia akan perlahan-lahan menjadi satu habit.”

Kini lelaki berusia 25 tahun, yang terkenal dengan jolokan 'Lelaki Najis’ atau ‘Poop Man’ sudah menyertai banyak perlumbaan marathon dan beliau mampu berbangga dengan dirinya sekarang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana