Latheefa Koya Gagal Ketepikan Rayuan PapaGomo

PUTRAJAYA 29 Jan - Wan Muhammad Azri Wan Deris yang didakwa sebagai blogger PapaGomo hari ini berjaya untuk meneruskan rayuan bagi semakan keputusan saman Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara menolak permohonan peguam Latheefa Koya yang mewakili Anwar seterusnya menetapkan 17 Februari ini sebagai tarikh pengurusan kes.

"Hari ini permohonan daripada peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Latheefa Koya yang mana memohon kepada mahkamah untuk menolak rayuan saya terhadap kes yang telah diputuskan di Mahkamah Tinggi sebelum ini.

"Ketiga-tiga hakim pada hari ini menolak permohonan Latheefa Koya dan meminta agar rayuan diteruskan dan dijalankan serentak," katanya kepada wartawan RakyatNews di sini, hari ini.

Wan Azri yang mewakili dirinya sendiri dalam hujahnya menyatakan, alasan Lathefa Koya untuk mengenepikan rayuannya tidak boleh digunapakai ekoran sebgai rakyat Malaysia beliau mempunyai hak untuk meneruskan rayuan kes tersebut.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri dalam kes liwatnya telah menangguhkan banyak penangguhan kerana mengambil masa untuk merayu ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

"Pada saya, apa yang dibangkitkan Lathefa Koya pada hari ini adalah beliau hanya peguam kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mendapat arahan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya harap selepas ini Lathefa Koya dan peguam tidak melengah-lengahkan masa untuk menangguhkan kes rayuan ini," ujarnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana