Kalau tak U-TURN, dia kata kenyataan peribadi. Dah kata dah, jangan ambil hati...

Kenyataan Mustafa Kepada Guan Eng Bersifat Peribadi, Kata Mohamad Sabu

GEORGE TOWN: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhubung isu pilihan raya kerajaan tempatan Pulau Pinang lebih bersifat peribadi dan tidak mewakili parti.

Justeru, beliau melihat perkara tersebut tidak akan menjejaskan hubungan antara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat, malah beliau yakin isu itu juga tidak akan mendatangkan masalah yang besar kepada parti dan ia boleh diselesaikan secara baik dan mudah.

“Itu masalah kecil. Pandangan-pandangan mereka itu kita boleh selesaikan di peringkat Pakatan Rakyat dan Pakatan Rakyat masih kuat dan bertambah kuat.

“Itu pandangan dalam parti komponen yang sentiasa ada perkara begini. Ia tidak menjejaskan hubungan. Tiada masalah,” kata Mohamad Sabu.

Mohamad Sabu berkata demikian kepada media ketika ditemui pada majlis perasmian persidangan dan Ekspo Halal Antarabangsa Pulau Pinang ke-6, di George Town pada Jumaat.

Majlis disempurnakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Pada Rabu lalu, Mustafa membidas Guan Eng, yang disifatkannya tidak bercakap benar sepenuhnya berkaitan isu pilihan raya kerajaan tempatan yang diperjuangkan DAP.

Beliau turut mencabar Guan Eng untuk berdebat mengenai enakmen bagi melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan di negeri itu.

Cabarannya itu timbul susulan kenyataan Guan Eng yang disifatkannya sebagai ‘bermulut celupar’ kerana menyifatkan beliau sebagai seorang yang tidak jujur.

Mustafa berkata, dakwaan bahawa beliau ‘tidak jujur’ itu tidak tepat kerana mereka tidak pernah membincangkan mengenai enakmen itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana