Hadi menyampah dengan politik 'dua muka' PKR dan DAP

Rasa “bengkak” Hadi terhadap Anwar dan DAP sejak beberapa bulan lalu bukanlah rahsia.

Tindak tanduk  Anwar dan Lim ketika krisis Menteri Besar Selangor  hanya menjadikan Hadi tawar hati menghadiri mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.  

Terbaru,  Ketua Pembangkang Parlimen DAP, Lim Kit Siang pula  mengugut untuk memulau mesyuarat Pakatan jika PAS tidak menggugurkan agenda melaksanakan hudud di Kelantan.

Rakyat tentunya bijak menilai sama ada politik ugutan dalam Pakatan Rakyat sejajar dengan “politik baru” yang dijanjikan oleh pembangkang.

Hadi tentunya sudah tahu mahkamah sudahpun menolak permohonan kerajaan negeri pimpinan DAP di Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya PBT

Presiden PAS  sekadar menghantar mesej kepada DAP dan PKR bahawa  beliau sudah tidak tahan dengan politik hipokrit dua parti itu.

Kini terpulang kepada PKR mengatur mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat  dalam persekitaran “politik baru’ yang dipamerkan pemimpin-pemimpin tertinggi tiga parti komponen itu.

Sama ada PKR, khususnya Anwar, ikhlas atau tidak mahu mesyuarat itu benar-benar dapat diatur, adalah soal lain. Marah, kecewa dan dendam nampaknya menguasai sentimen ketiga-tiga parti berkenaan.

Mahu bermesyuarat untuk mengakrabkan kembali hubungan di antara parti ini mungkin hanya cakap-cakap politik belaka. Namun yang pasti hubungan ketiga-tiga parti itu nampaknya semakin genting.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana