Budak 5 Tahun Maut Terjatuh dari Tingkat 6

KOTA DAMANSARA 28 Jan - Seorang kanak-kanak lelaki terkorban akibat terjatuh dari tingkat enam di rumah kediamannya di Blok B PPR Kota Damansara petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 4 petang itu yang menimpa adik Mohammad Zulhazriq, 5, menggemparkan penduduk kawasan setempat.

Kejadian melibatkan kanak-kanak malang itu dikatakan berpunca dari kawasan bangunan kediaman berkenaan yang dikatakan uzur dan tidak selamat terutama pada bahagian pagar hingga menyebabkan mangsa terjatuh daripada tingkat enam.

Insiden itu sekaligus mengundang simpati masyarakat Malaysia apabila keadaan mayat mangsa tersebar menerusi laman sosial, Facebook.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Kota Damansara, Hajah Halimaton Saadiah Haji Baharom yang mendapat berita tersebut turut bergegas ke tempat kejadian.

Sementara itu, beberapa penduduk PPR tersebut melahirkan rasa kesal terhadap pihak Kerajaan Negeri Selangor terutamanya pihak JMD dan MBPJ yang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap insiden berkenaan walaupun telah memaklumkan kepada mereka berhubung kerosakan teruk pada bangunan berkenaan.

Kanak-kanak itu dipercayai cedera parah di kepala dan anggota badannya ekoran mayatnya ditemui sudah berlumuran darah oleh penduduk setempat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana